Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan Ini

Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan Ini

Diterbitkan Ogos 18, 2018 oleh Haikel Areff

Satu lagi berita berkenaan acara IFA 2018 kami bawakan untuk anda. Huawei dilaporkan akan memperkenalkan dua variasi warna baru bagi peranti premium mereka, P20 Pro semasa acara itu kelak.

Menurut sumber, peranti yang pertama akan hadir dengan kecerunan pelbagai warna yang bermula daripada warna hitam dari satu sisi hujung peranti, sehinggalah pada warna seakan turqoise di bahagian sisi hujung yang lain.

Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan IniKredit : The Verge

Variasi ini mengambil inspirasi daripada rekaan Aurora yang pernah digunapakai pada peranti Honor 10 sebelum ini. Sukar untuk dibayangkan bagaimana perubahan warna dari hitam ke turqoise dapat dilakukan.

Manakala bagi variasi kedua pula, ia lebih kelihatan seperti model Pink Gold yang sedia ada sebelum ini. Namun berbeza dengan Pink Gold, variasi baru ini dikatakan akan menonjolkan keindahan warna putih kekuningan dan merah jambu.

Huawei Dijangka Perkenalkan Dua Variasi Baru Bagi Peranti P20 Pro Hujung Bulan IniKredit : TheUnlockr

Variasi warna yang kedua ini pula menginspirasikan kejernihan warna laut serta kerlipan permata yang berada di dasarnya. Bagaimanapun, sumber tidak mahu mendedahkan imej dan warna sebenar dua variasi ini bagi menghormati pihak Huawei.

Tambahan pula, tiada sebarang maklumat sama ada terdapat kelainan dari segi spesifikasi dua peranti ini berbanding model P20 Pro yang sedia ada atau tidak. Dengan laporan baru ini, IFA 2018 nampaknya semakin menarik untuk diikuti.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY