Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Dan HONOR Bakal Perkenalkan Laptop Gaming

Huawei Dan HONOR Bakal Perkenalkan Laptop Gaming

Diterbitkan Julai 7, 2020 oleh Helmi Samsuri

Huawei dan sub-jenama mereka, HONOR, kini dikhabarkan bakal tampil memperkenalkan komputer riba yang memfokuskan kepada permainan. Semua sedia maklum yang mana kedua-dua pengeluar ini sudah sedia menawarkan komputer riba yang lebih sesuai untuk tugasan pejabat.

Perancangan untuk masuk ke dalam segmen gaming itu dikongsikan pada laman weibo oleh Changan Digital Jun.

Perkongsian tersebut memberitahu bahawa Presiden HONOR, Zhao Ming telah menyatakan mereka akan terlebih dahulu memperkenalkan komputer riba gaming dan bakal diikuti oleh syarikat induk mereka iaitu Huawei.

Huawei Dan HONOR Bakal Perkenalkan Laptop Gaming

Tidak mendedahkan perincian lain, pelancaran peranti itu akan dilangsungkan seawal Julai atau Ogos. Diramalkan, penawaran daripada kedua-dua pengeluar itu berkemungkinan menggunakan cip siri H Intel generasi ke-10 atau mungkin juga siri Ryzen 4000 dari AMD.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pengguna iPhone Dengan iOS Lama Berisiko Digodam, Telegram Mula Hantar Amaran
  • Stesen RTS Bukit Chagar Guna Sistem Imigresen NIISe Sepenuhnya - Bakal Pengguna Disaran Daftar Lebih Awal
  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
©2026 WISER.MY