Huawei Carnival 2018 : Huawei Catat Peningkatan Jualan Hujung Minggu Sehingga 93 Peratus

Huawei telah menjalankan satu karnival jualan yang dinamakan 'Huawei Carnival 2018' pada 9 dan 10 Jun yang lepas. Mereka telah menawarkan pelbagai hadiah menarik antaranya 20 unit Perodua Axia dan 60 unit peranti Huawei Mate 10 edisi Porsche bernilai keseluruhan sehingga RM 6 juta bagi pembeli produk keluaran mereka yang bertuah.

Karnival ini boleh dikatakan sangat berjaya bagi pihak Huawei di mana mereka telah mencatatkan peningkatan sebanyak 93% bagi jumlah jualan hujung minggu mereka. Bagi mereka yang telah membeli produk keluaran Huawei antaranya P20 Pro dan Mate 10 di gerai jualan mereka yang terpilih, anda berpeluang untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.


Kredit : Huawei


Pembeli peranti yang terpilih akan diberikan satu borang untuk dilengkapkan dan perlu menjawab dua soalan mudah bagi melengkapkan penyertaan mereka. Borang berkenaan akan dihantar kepada pihak Huawei dan penyertaan mereka akan diproses.

Pemenang bagi pertandingan ini akan diumumkan melalui laman rasmi Facebook Huawei Mobile Malaysia pada 29 Jun ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada peserta, pastikan anda lawati laman Facebook mereka pada tarikh berkenaan.



Anda terlepas peluang untuk menyertai pertandingan 'Huawei Carnival 2018' ini? Jangan risau. Anda masih berpeluang untuk menyertai satu lagi pertandingan iaitu 'Gaya Raya Bersama Huawei' yang masih lagi berlangsung sehingga 17 Jun nanti. Hadiah yang ditawarkan juga sangat menarik, antaranya ialah pakej percutian 4 hari 3 malam ke Tokyo Disneyland atau Bali, Indonesia. Jangan lepaskan peluang anda!

Sumber