Huawei Bersedia Untuk Telefon Pintar Lipat Mereka

Samsung sebelum ini dikatakan mahu mengeluarkan telefon pintar lipat, mengembalikan nostalgia mereka sebelum ini yang dipanggil Samsung Galaxy X. Malah prototaip yang berfungsi telah ditunjukkan pada wakil media pada sidang tertutup semasa CES 2018.

Huawei sebagai pemain ke-3 yang memberikan faktor-X dalam persaingan antara Samsung dan Apple juga tidak ketinggalan untuk menyertai rekaan telefon pintar lipat.

CEO mereka, Richard Yu mendedahkan pada bulan Oktober lepas yang syarikatnya sedang mensiapkan sebuah prototaip telefon pintar yang fleksibel. Prototaip yang dimaksudkan mungkin sudah muncul jika melihat rajah paten yang tersebar.



Perkara menarik yang boleh dilihat dari paten di atas adalah telefon pintar yang menggunakan satu skrin paparan yang boleh dilipat, berbeza dengan penyelesaian yang disediakan oleh ZTE melalui Axon M.



Setakat ini tiga pengeluar peranti utama seperti Samsung, Apple dan Huawei diketahui sedang menyiapkan peranti boleh lipat masing-masing dan hanya masa yang menentukan siapa yang mampu mengeluarkan rekaan yang lebih inovatif dan praktikal dari segi penggunaan harian.