Ramai Tak Tahu, Ini Helah Guna Aplikasi Google Dengan Sah Di Siri HUAWEI Mate50 Dan Peranti HUAWEI Yang Lain

Sebut saja nama Huawei, perkara pertama terlintas di kepala ialah keupayaan kameranya yang luar biasa dalam arena telefon pintar. Yang terbaru, siri Huawei Mate50.

Kapsyen: Diambil oleh Faliq Fahmie


Faham, ramai yang fikir banyak kali bila nak dapatkan telefon baharu Huawei sebab risau nanti tak boleh guna aplikasi Google macam Google Photos, Chrome, Maps, Meet, YouTube dan banyak lagi.


Biar betul, telefon Huawei sekarang dah boleh guna aplikasi Google?


Sebenarnya, ada rahsia. Telefon Huawei sekarang dah boleh pasang aplikasi Google!
Aplikasi Google kini boleh dipautkan dengan akaun Google anda melalui aplikasi dinamakan Lighthouse.

Apa tu Lighthouse?


Melalui Lighthouse, anda kini boleh guna aplikasi Google. Bukan hanya buka aplikasi, tapi juga pautkan dengan akaun Google secara sah.



Ya, anda boleh log masuk ke dalam Google Drive, YouTube, Waze, Strava dan banyak lagi bila anda pasang Lighthouse daripada AppGallery.

Macam mana nak buat?



  1. Muat turun Lighthouse daripada AppGallery.

  2. Masuk ‘Setting’ telefon.

  3. Pergi ke ‘Apps and services’, masuk ‘Apps’

  4. Cari Lighthouse.

  5. Tekan ikon ‘gear’ di bucu kanan atas.

  6.  Tekan ‘Add account’.

  7. Log masuk akaun Google anda.


Selesai, sekarang anda boleh buka mana-mana aplikasi Google yang dah dimuat turun. Pilih saja akaun Google yang mana untuk log masuk.

Kapsyen: Aplikasi Google Maps di Mate50 Pro dengan 3 akaun terpaut.


Bahkan, anda boleh pautkan lebih daripada 1 akaun Google.

Selamat ke?


Dengan ciri imbasan yang dilakukan Huawei Security, jangan risaulah sebab ia dipantau sendiri oleh Huawei.

Telefon Huawei apa yang boleh buat?


Buat masa sekarang, berikut ialah telefon yang menyokongnya ialah:

Huawei Mate50, Mate50Pro, Mate Xs2, nova10, nova10Pro, nova10SE, nova Y90, nova Y70, nova 9, nova 9SE, nova8i, P50, P50Pro, P50 Pocket, MatePad SE, MatePad Pro 11, MatePad 10.4, MatePad Pro 12.6.

Telefon baru Huawei Mate50 ni, best sebab boleh pakai aplikasi Google je ke?


Sabar, ini yang cerita lagi ini. Tak cukup bab aplikasi Google, siri Huawei Mate50 ni datang dengan skrin lebih tahan lasak sebab guna Kunlun Glass.

Kata Huawei, ketahanan skrin telefon kini meningkat 10 kali ganda.

Apa benda pula Kunlun Glass ni?


Huawei ambil masa 4 tahun, kaji macam mana nak kukuhkan skrin telefon. Sukar untuk seimbangkan antara ketahanan skrin dengan memastikan ia memaparkan kandungan dengan cantik.



Akhirnya, Kunlun Glass ini tercipta di mana ada tambahan metal oxide seperti nanokristal dimasukkan sebagai salah satu bahan dalam kaca.

Masa awal-awal dilancarkan di Malaysia, hanya warna jingga saja tersedia dengan kaca Kunlun.

Tapi sekarang, carbon black dan perak pun dah ada pilihan dengan kaca Kunlun.



Untuk pastikan ia tahan lasak tapi pada masa sama mampu paparkan kandungan dengan cun, prosesnya membuatkan kristal tersebut cukup halus untuk digabungkan agar tidak wujud isu diffracting atau pembiasan.

Siri Huawei Mate50 ialah telefon pertama menerima pengiktirafan 5 bintang daripada SGS Switzerland.

Jangan tak tahu, Huawei juga ada jual produk lain macam tablet, jam tangan pintar. Terus ke pautan di bawah atau ke kedai Huawei.

Laman Rasmi HUAWEI - Klik SINI

Shopee - Klik SINI

Lazada - Klik SINI

**Artikel ini dibawakan oleh HUAWEI Tech