Huawei Bagi Baucar RM160 Untuk Pembelian Peranti Pada 19 Jun

Huawei Malaysia kini menawarkan baucar bernilai RM160 untuk digunakan dalam pembelian beberapa peranti terpilih. Penawaran ini dibuat bagi meraikan promosi Huawei AppGallery Carnival yang bakal dilangsungkan pada 19 Jun sehingga 30 Jun kelak.

Proses penebusan baucar perlu dibuat antara 12 Jun dan 19 Jun untuk pembelian peranti terpilih yang ditawarkan pada Lazada, Shopee dan Huawei Store. Baucar itu hanya boleh digunakan untuk promosi pembelian pada 19 Jun sahaja.

Peranti-peranti yang disenaraikan untuk baucar ini adalah Huawei Freebuds 3, Huawei P30 Pro, Huawei MediaPad M5 Lite dan Huawei Watch GT2.



Untuk menebus baucar boleh lawati laman web Huawei Malaysia dan anda perlulah mendaftar Huawei ID terlebih dahulu.

Selain itu, antara promosi menarik pada 19 Jun nanti adalah Huawei AM61 Sport Bluetooth Earphone akan dijual pada harga RM61.90 (Harga asal RM205). Huawei Band 4 juga boleh dimiliki serendah RM6.19 yang mana harga rasmi dipasaran adalah RM139.



Untuk lebih tawaran serta promosi dari Huawei, anda boleh kunjungi:

Huawei Lazada: https://invol.co/clp18d

Huawei Shopee: https://invol.co/clp18j

Huawei Store: https://tinyurl.com/y9ponjgc