Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TechCity, Inisiatif Maxis Dan Huawei Untuk Persediaan Rangkaian 5G Di Malaysia

TechCity, Inisiatif Maxis Dan Huawei Untuk Persediaan Rangkaian 5G Di Malaysia

Diterbitkan November 6, 2020 oleh Helmi Samsuri

Awal tahun ini, Huawei dan Maxis dua nama yang tidak asing lagi dalam arena rangkaian komunikasi dalam negara telah mengumumkan kerjasama TechCity.

Ia merupakan satu inisiatif yang dibangunkan untuk memacu infrastruktur 4G dan 5G bagi pengalaman sambungan rangkaian yang lebih baik di Malaysia pada masa hadapan.

Melaluinya, beberapa kawasan terpilih di Kuala Lumpur telah mengadakan ujian percubaan yang memfokuskan kepada peningkatan kapasiti 4G. Ini selanjutnya akan memudahkan pelaksanaan 5G apabila spektrum-nya sedia ditawarkan kelak.

Maxis menjalankan percubaan pertama penyelesaian radio baru dalam rangkaian 4G dengan FDD (Frequency Division Duplex) MIMO besar. Ia meningkatkan kapasiti radio dengan memberikan faedah rangkaian yang lebih bagus untuk peranti pengguna yang ada pada rangkaian secara langsung. Peningkatan 1.4x dalam jumlah trafik dapat dikesan setelah percubaan besar-besaran MIMO diaktifkan.

Dalam pada itu, Maxis dan Huawei telah berjaya menyempurnakan percubaan LTE dan Radio Baru (LNR), menggunakan Dynamic Spectrum Sharing (DSS) menerusi frekuensi 1800MHz.

Terdahulu, pada Januari yang lepas Maxis sedia mengumumkan dua rekod baru di dua tapak percubaa 5G berlokasi di Subang Jaya. Kelajuan puncak pengguna tunggal berjaya mencapai 2.96Gbps.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY