Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Huawei Pintas Apple Buat Pertama Kali Dalam Pasaran Telefon Pintar

Huawei Akur, Sediakan Pilihan Pengaktifan Bagi “Performance Mode” Pada EMUI 9.0

Diterbitkan September 8, 2018 oleh Haikel Areff

Seperti yang telah kami nyatakan sebelum ini, Huawei telah membuat pengakuan berkenaan isu memanipulasi markah penanda aras bagi peranti Honor Play. Mereka memberi alasan ianya terjadi kerana AI melalui “Performance Mode” pada peranti berkenaan akan mengesan aplikasi ujian penanda aras secara automatik, seterusnya akan melonjakkan prestasi peranti ke tahap yang lebih tinggi.

Perkara berkenaan kurang dipersetujui oleh pihak UL(pembangun perisian penanda aras 3D Mark). Mereka berpendapat pengguna sepatutnya diberi pilihan untuk tidak diaktifkan mod itu dan bukannya dijalankan secara paksa. Ia sekaligus membolehkan markah penanda aras yang lebih tepat diperolehi ketika ujian dilaksanakan.

(Ulasan) Honor Play – Peranti Yang Menidakkan Slogan Kata “Hobi Kami Mahal”

Selepas mengadakan perbincangan bersama, Huawei akhirnya akur untuk memberi pilihan kepada pengguna sama ada untuk mengaktifkan atau tidak mod tersebut pada EMUI 9.0 yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Perkara ini juga nampak lebih relevan kepada pengguna kerana penggunaan bateri juga akan dapat dijimatkan apabila Performance Mode ini dinyah-aktifkan.

EMUI 9 telah diumumkan oleh pihak Huawei pada acara IFA yang berlangsung awal bulan lalu dan beberapa fungsi menarik telah pun didedahkan ketika itu. Namun, sistem ini masih lagi belum sempurna dan sedang diuji, maka tidak mustahil ada fungsi lain yang dibawa masuk sebelum versi akhirnya dirasmikan kelak.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY