Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Mate Xs

Model Terbaru Huawei Mate Xs Akan Dilengkapi Dengan Pengecas Pantas 65W

Diterbitkan Disember 28, 2019 ยท Dikemas kini Disember 28, 2019 oleh ariff bukhari

Huawei Mate Xs akan diperkenalkan secara rasmi pada awal tahun 2020.

Huawei dilaporkan akan memperkenalkan model terbaru bagi telefon pintar boleh lipat mereka iaitu Huawei Mate X dengan menawarkan pula versi yang dinamakan Mate Xs.

Model terbaru telefon pintar boleh lipat mereka itu dijangkakan akan diperkenalkan pada awal tahun hadapan nanti.

Mate Xs dijangka akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Kirin 990 yang menyokong sambungan rangkaian 5G, skrin yang lebih tahan lasak, dan rekaan engsel yang lebih baik,.

Malah Mate Xs juga akan dilengkapi dengan peranti pengecas pantas yang berkuasa lebih besar iaitu 65W.

Peranti Boleh Lipat Berkemungkinan Menjadi Lebih Murah Berbanding “Flagship” Yang Ada Pada Hari Ini Di Masa Hadapan
Model Huawei Mate X sebelum ini hanya dilengkapi dengan pengecas pantas 55W.

Huawei Mate Xs juga dijangka akan membuat kemunculan di acara pameran teknologi MWC 2020 dalam bulan Februari 2020 nati.

Huawei Mate Xs telah pun diumumkan oleh Huawei pada Oktober lalu ketika memperkenalkan model terbaru Mate 30 5G dan Mate 30 Pro 5G di China.

Generasi kedua Huawei Mate X ini juga dikhabarkan akan ditawarkan kepada pengguna seawal bulan Mac 2020.

Sumber: XDA-Developers

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY