Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
htc u20 5g

HTC U20 5G Dilancarkan – Premium Pada Harga, Bukan Pada Spesifikasi

Diterbitkan Jun 16, 2020 oleh Meor Hasyim

HTC tidak mahu memberikan tanggapan kepada pengguna mereka bahawa mereka sudah berhenti dari menghasilkan peranti pintar. Disebabkan itu, hari ini mereka telah melancarkan model terbaharu mereka iaitu HTC U20 5G.

Di bawah siri “U” yang merupakan siri peranti mercu, U20 5G tidak kelihatan mercu sangat disebabkan penggunaan cip pemprosesan Snapdragon 765G. Walaupun ia bukannya sebuah cip yang perlahan, untuk diletakkan sebaris dengan peranti seperti OnePlus 8 atau Xiaomi Mi 10 semestinya agak jauh bezanya.

htc u20 5g

Dengan 765G, peranti hadir dengan sokongan rangkaian 5G sekaligus membuatkan ia merupakan peranti pertama dengan teknologi berkenaan. Selain itu, RAM adalah 8GB dan storan dalaman 256GB yang boleh diperluas melalui kad microSD.

Peranti hadir dengan paparan luas berukuran 6.8 inci FHD+ dengan nisbah 20:9 berpanelkan LCD. Terdapat lubang kamera yang menempatkan lensa swafoto 32MP.

Beralih kepada belakang, peranti menggunakan tetapan 4 kamera – 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Peranti ini walau bagaimanapun masih menggunakan pengimbas cap jari klasik pada bahagian belakang. Ia juga mengingatkan kami kepada rekaan peranti realme yang terlampau generik dan tiada yang unik padanya.

htc u20 5g

Bateri pada peranti agak besar dengan kapasiti 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 4.0 18W melalui USB-C. Antara ciri-ciri lain adalah NFC, Bluetooth 5, Wi-Fi ac.

Peranti dipasarkan dengan harga sekitar RM2,734 iaitu satu harga yang agak premium. Buat masa ini, peranti hanya dijual di Taiwan sahaja.

Sumber: HTC

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY