HTC Desire 20 Pro Turut Diumumkan - Bukti Peranti Dengan Cip Snapdragon 665 Masih Belum Berkubur

Selain U20 5G sebagai peranti utama, HTC turut melancarkan model lebih mampu milik iaitu HTC Desire 20 Pro. Spesifikasi yang berkongsi antara kedua peranti ini adalah dari segi kapasiti bateri dan juga tetapan 4 kamera belakangnya.

Apa yang menyedihkan tentang peranti ini adalah ia hadir dengan cip agak berusia Snapdragon 665. Bersama-sama dengan itu, ia dipadankan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB serta sokongan microSD.

Paparan peranti bersaiz 6.5 inci FHD+ dengan panel LCD dalam nisbah 19.5:9. Ia turut mempunyai lubang kamera sama seperti U20 5G. Cuma kali ini sensornya hanyalah 25MP.



Rekaan belakang juga persis model abangnya dengan 48MP utama, 8MP sudut lebar, 2MP makro, dan 2MP depth. Ia turut mempunyai pengimbas cap jari tradisional bersebelahan modul kamera tersebut.

HTC Desire 20 Pro didatangkan dengan rekaan bercorak dan bertekstur. Kapasiti bateri adalah sebesar 5,000mAh dan menyokong pengecasan pantas Quick Charge 3.0.

Peranti ini dijual di Taiwan dengan harga sekitar RM1294. Buat masa ini tidak diketahui lagi sama ada HTC Desire 20 Pro akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Sumber: HTC

Beli produk HTC di -
Lazada: https://invol.co/clp5wn
Shopee: https://invol.co/clp5ws

Berkaitan