Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

HP Malaysia Perkenal 3 Model Komputer Riba, Harga Dari RM3799

Posted on Ogos 7, 2020

HP Malaysia hari ini telah mengumumkan penambahan tiga buah model untuk pasaran Malaysia melalui siri HP Envy. Tiga model tersebut adalah HP ENVY 13, HP ENVY 15 dan HP ENVY x360.

Ketiga-tiga penawaran ini difokuskan kepada pengguna dari golongan kreatif dan profesional dengan penyediaan spesifikasi bersesuaian.

HP ENVY 13

HP Envy 13 menawarkan paparan mikro-sisi 4 sisi dengan pemproses Intel® Core ™ Gen ke-10. Kamera HD HP Wide Vision untuk kolaborasi yang selamat, HP Fast Charge, HP Command Center dan Grafik Intel® Iris® Plus untuk resolusi ultra tinggi serta prestasi dan kawalan yang tersuai.

HP ENVY 15

HP ENVY 15 menampilkan casis keseluruhan aluminium dengan nisbah skrin-ke-badan 82.6%, paparan sehingga FHD dengan muka sentuhan, pemproses Intel® Core ™ Gen ke-10, NVIDIA® GeForce GTX1660ti, dan kawalan terma kelas permainan.

HP ENVY x360

HP Envy x360 13 menggabungkan engsel 360 darjah yang fleksibel dengan fungsi sentuhan dan pen secara serentak. Dengan Pemproses AMD Siri Ryzen dan Grafik Radeon, jangka hayat bateri yang lama, storan SSD yang tinggi dan HP Command Center, HP Envy x360 13 direka untuk memenuhi semua keperluan kreatif anda.

Harga dan ketersediaan:
  • HP ENVY 13 kini dijual dengan harga permulaan bernilai RM4,399.00.
  • HP ENVY 15 kini dijual dengan harga permulaan bernilai RM5,799.00
  • HP ENVY x360 akan tersedia bermula dari bulan September dengan harga permulaan bernilai RM3,799.00.

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress