Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HP Lancarkan Omen 15, Laptop Permainan Pertama Dengan Paparan 240Hz

HP Lancarkan Omen 15, Laptop Permainan Pertama Dengan Paparan 240Hz

Diterbitkan Januari 7, 2019 oleh Helmi Samsuri

Barisan laptop permainan dari HP bakal menerima ahli baru dimana lewat malam tadi, syarikat pengeluar itu telah memperkenalkan Omen 15, model yang ditambahbaik dari versi sebelumnya.

Menurut HP, ia merupakan laptop permainan pertama yang dilengkapi dengan paparan 15.6 inci IPS yang menyokong kadar penyegaran 240Hz untuk membawakan pengalaman permainan lebih baik.

dims (5)

Dibahagian dalaman ia dikuasakan dengan perkakasan grafik terbaru dari Nvidia, RTX 2070 Max-Q, pemproses generasi ke-8 Intel Core i7-8750H, RAM 16GB dan sokongan 802.11ax (WiFi 6).

Luarannya terdapat kemasan berbentuk seperti “X” berwarna merah, meningkatkan lagi imej laptop permainan. Dari segi rekaan, ia kelihatan sama seperti keluaran sebelumnya dengan bezel paparan yang nipis.

dims (4)

Dengan berat sekitar 2.4kg, laptop yang mempunyai papan kekunci LED ini dijadualkan pemasarannya pada bulan Februari pada harga permulaan $1370 (~RM5630).

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Saman MCMC Tidak Jejas Pelaburan Berbilion Ringgit Google Di Malaysia - PM Anwar
  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
©2026 WISER.MY