Watch GS Pro dilengkapi skrin paparan 1.39 inci AMOLED dengan resolusi 454x454 serta janaan cip Kirin A1 dan sistem operasi LiteOS. Ia dimuatkan dengan bezel dari jenis keluli tahan karat serta binaan plastik dengan tali silikon.
Menurut HONOR, jam pintar tahan lasak ini memenuhi sebanyak 14 piawaian MIL-STD-810G. Antaranya termasuk ketahanan pada suhu tinggi, suhu rendah, hujan, kelembapan, dan tekanan rendah pada ketinggian. Ia juga mempunyai ketahanan kalis air sehingga 5 ATM.
Secara keseluruhan, lebih 100 mod workout yang tersedia pada jam pintar ini termasuk aktiviti renang dengan penjejakan degupan jantung aktif. Ia juga didatangkan dengan pemantauan oksigen darah dan penjejakan waktu tidur.
Dari segi bateri, ia boleh menjangkau sehingga 25 hari penggunaan. Jika menggunakan mod outdoor workout, ia hanya bertahan sehingga 100 jam. Manakala, penggunaan dengan GPS diaktifkan boleh bertahan sehingga 48 jam sahaja.
Jam pintar tahan lasak ini hadir dengan pilihan warna Marl White dan Charcoal Black. Buat masa ini, Watch GS Pro hanya ditawarkan untuk pasaran UK, Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol bermula 7 September pada harga £ 249.99 (~RM1368).
Sumber: Hihonor UK via The Verge
Berkaitan
- Produk Xiaomi Kini Boleh Dibeli Melalui Laman Web, Promosi Serendah RM5.90
- iQOO Neo8 Pro Dilancar Dengan Cip Dimensity 9200+
- Ura-Ura: iPhone 15 Pro Mungkin Dilengkapi Kapasiti RAM Lebih Besar
- Rekaan Rasmi Lenovo Legion Phone Didedahkan, Mungkin Hadir Dengan Versi Pro
- IG Apple Kongsi Rakaman Slow-Mo Air Terjun Di Pahang
- OPPO Reno5 Pro+ 5G Dilancarkan - Dilengkapi Cip Snapdragon 865, Sensor Kamera IMX766 Dan Teknologi Elektrokromik
- Mi Watch Kini Rasmi Di Malaysia, Berharga RM469
- Bermula Disember, Facebook Akan Keluarkan Maklumat Ini Daripada Profil Pengguna
- Jualan Apple Watch Series 9, Ultra 2 Akan Dihentikan Di AS
- PS5 Pro Dilapor Tiga Kali Lebih Pantas, Mungkin Hadir Tahun Ini