Mengetengahkan kamera swafoto 25MP secara dalam paparan, Honor View 20 juga diperkuatkan lagi dengan sistem kamera 48MP dibantu dengan sensor stereo 3D TOF pada bahagian belakang. Peranti dengan bateri berkapasiti 4000mAh ini menyokong pengecasan pantas melalui Huawei SuperCharge 22.5W.
Bagi peminat yang ternanti-nanti harga jualan untuk pasaran tempatan, Honor View 20 telah disahkan penawarannya pada tanda harga RM1999 untuk model RAM 6GB dengan storan 128GB.
Apa yang membuatkan HONOR View20 memiliki keistemewaannya yang tersendiri adalah fungsi AI Ultra Clarity dimana ia mampu meghasilkan imej yang lebih jelas. Dengan tetapan 3D TOF stereo, ia boleh digunakan sebagai 3D Gaming Controller dan ciri 3D Body Shaping.
Bagi edisi istimewa Moschino, ia didagangkan pada harga RM2599 dengan RAM 8GB dan ruang simpanan 256GB. Panel belakangnya diberikan rekaan yang lebih artistik dengan pencahayaan 'V' yang lebih mengancam.
Satu lagi produk yang turut dilancarkan adalah Honor Watch Magic. Ia akan dijual pada harga RM599. Jam tangan pintar ini didatangkan dengan rekaan premium sesuai untuk digayakan pada sebarang suasana.
Mempunyai skrin AMOLED 1.2 inci, ia dijana dengan bateri 178mAh yang berupaya membekalkan kuasa sekitar 7 hari. Serasi digunakan pada mana-mana platform telefon pintar, Android mahupun iOS.
Pelancaran dan penjualan produk-produk untuk pasaran tempatan dijadualkan pada 26 Januari ini bersama-sama Road Show yang bertempat di 1Utama Petaling Jaya pada pukul 10 pagi. 200 pembeli pertama akan menerima pakej Honor Watch Magic secara percuma dan 800 pembeli terawal akan menerima HONOR Band 4.
Berkaitan
- ASUS Zenfone 3 Deluxe Kini Memasuki Pasaran Malaysia
- Sebanyak RM 6.8 Bilion Telah Dibelanjakan Rakyat Malaysia Untuk Membeli Telefon Pintar
- Habis Terjual Dalam Masa 5 Minit Sahaja, Promosi Honor 9 Lite Bakal Kembali 3 Petang Ini
- realme C17 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM899
- Telefon Pintar Samsung Paling Laris Di Malaysia
- Kedai Konsep MSI Terbesar Di Dunia Terletak Di Malaysia
- vivo Y30 Mula Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM899
- Rakyat Malaysia Mahukan Internet Berkelajuan Tinggi Dengan Harga Mampu Milik
- Pengguna Malaysia Sudah Boleh Main Game Dalam Netflix
- ASUS Malaysia Umum TUF Gaming FX505 Dikuasakan Dengan Cip Pemproses AMD