Honor View20 Dilancar Secara Rasmi, Kamera Utama 48MP Dengan Sokongan 3D TOF

Honor hari ini dengan rasminya melancarkan model flagship mereka, Honor V20 (Honor View20 untuk pasaran global) untuk pasaran China. Peranti ini hadir dengan skrin paparan berlubang, menempatkan kamera selfie 25MP.

Kamera belakang pula menggunakan lensa Sony IMX586 48MP dibantu dengan lensa TOF 3D. Ia hadir dengan skrin berukuran 6.4 inci bersama sokongan 1080p dan nisbah 19.25:9. Memperkasakan peranti adalah cip pemprosesan Kirin 980 yang berpasangan dengan pilihan RAM 6GB atau 8GB dan memori dalaman 128GB serta 256GB. Pengimbas cap jari berada dibelakang.



Syarikat berpengkalan di Shenzen itu menyatakan Honor View 20 menawarkan lensa 48MP berdefinisi tinggi pertama didunia. Membantu lensa tersebut adalah sensor 3D TOF yang bakal meningkatkan lagi kualiti kamera dan memberikan lagi keseronokan kepada pengguna. Sensor 3D TOF akan digunakan untuk AR (Augmented Reality).

Peranti ini turut menyokong mod desktop apabila bersambung dengan monitor. Dijana dengan bateri 4000mAh ia dicas dengan SuperCharge 22.5W. Menawarkan tiga warna Merah, Hitam, dan Biru, ia dijual dipasaran China dengan harga 2999 Yuan (~RM1815) bagi versi RAM 6GB/128GB, sementara versi RAM 8GB/128GB dinilaikan pada 3499 Yuan (~RM 2118).

Sebuah lagi versi adalah edisi Moschino dengan RAM 8GB/ 256GB pada harga 3999 Yuan (~RM 2420).