Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor V9 Launch

Honor V9 Tampil Dengan RAM 6GB Dan Bateri 3900 mAh, Akan Diperkenal 21 Februari Ini

Diterbitkan Februari 13, 2017 · Dikemas kini Februari 13, 2017 oleh Helmi Samsuri

Honor diberitakan sudah bersiap sedia untuk melancarkan Honor V9 di pasaran China 21 Februari ini.

Berita ini dikuatkan lagi dengan sebuah foto yang dimuat naik pada akaun Weibo. Foto itu menampilkan Sun Yang, perenang dari China, dan tertera “V9” serta tarikh pelancaran model tersebut.

Honor V9 tampil dengan skrin paparan 5.7 inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel. Ia diperkasa dengan pemproses 8-teras 2.4 GHz bergandingan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB yang mampu ditambah sehingga 128GB menerusi kad MikroSD. Model ini juga boleh memuatkan dua kad sim dan akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.0.

Honor DUK-TL30

Untuk kamera pula, V9 dilengkapi dengan dwi-kamera utama dan masing-masing beresolusi 12 megapiksel dan 2 megapiksel. Kamera swafoto 8 megapiksel pula melengkapkan bahagian hadapan Honor V9 ini. Berukuran 157 x 77.5 x 6.97 mm dan seberat 184 gram. Dibahagian belakang, anda boleh melihat pengimbas cap jari berbentuk bulat sama seperti model Honor 8. Honor V9 juga dipercayai akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,900 mAh. Terdapat sokongan untuk sambungan 4G LTE, WiFi, 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.1 serta GPS.

Model baru keluaran Honor ini hadir dengan warna emas dan harga jualan dijangkakan mencecah 2699 Yuan (~RM 1744).

Sumber: Phone Arena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY