Berita ini dikuatkan lagi dengan sebuah foto yang dimuat naik pada akaun Weibo. Foto itu menampilkan Sun Yang, perenang dari China, dan tertera "V9" serta tarikh pelancaran model tersebut.
Honor V9 tampil dengan skrin paparan 5.7 inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel. Ia diperkasa dengan pemproses 8-teras 2.4 GHz bergandingan dengan RAM 6GB dan storan dalaman 128GB yang mampu ditambah sehingga 128GB menerusi kad MikroSD. Model ini juga boleh memuatkan dua kad sim dan akan beroperasi menggunakan Android Nougat 7.0.
Untuk kamera pula, V9 dilengkapi dengan dwi-kamera utama dan masing-masing beresolusi 12 megapiksel dan 2 megapiksel. Kamera swafoto 8 megapiksel pula melengkapkan bahagian hadapan Honor V9 ini. Berukuran 157 x 77.5 x 6.97 mm dan seberat 184 gram. Dibahagian belakang, anda boleh melihat pengimbas cap jari berbentuk bulat sama seperti model Honor 8. Honor V9 juga dipercayai akan dikuasakan dengan bateri berkapasiti 3,900 mAh. Terdapat sokongan untuk sambungan 4G LTE, WiFi, 802.11 b/g/n, Bluetooth 4.1 serta GPS.
Model baru keluaran Honor ini hadir dengan warna emas dan harga jualan dijangkakan mencecah 2699 Yuan (~RM 1744).
Sumber: Phone Arena
Berkaitan
- PlayStation 5 Sah Akan Dikeluarkan, Tetapi Bukan Dalam Masa Terdekat
- Kedai Xiaomi Di KLCC Bakal Dibuka Penghujung Bulan Ini
- Samsung Bakal Menutup Music Milk 22 September Ini
- Fortnite Boleh Dimainkan Pada 30 Peranti Android Ini
- Malaysia Kini Fokus Untuk Melajukan Sambungan Internet
- [Video] IOS 11 Mungkin Akan Didatangkan Dengan Fungsi Smart Invert
- µTorrent Dilapor Mempunyai Kelemahan Sekuriti
- Silap Terjemah, OnePlus Bukan Yang Pertama Guna Snapdragon 855
- Motorola Lancarkan Moto P30, "Kembar" iPhone X
- Fortnite, Samsung Galaxy Watch Dan Google Night Sight Antara Pemenang GLOMO Awards Di Acara MWC 2019