HONOR Umum Tablet Baharu, HONOR ViewPad 6

HONOR baru sahaja selesai mengadakan acara pelancaran dalam talian mereka sebentar sahaja tadi dan melaluinya, beberapa peranti telah diumumkan.

Salah satu daripadanya adalah tablet terbaharu dikenali sebagai HONOR ViewPad 6. Tablet ini hadir dengan cip pemproses Kirin 985 yang digandingkan bersama RAM 6GB serta pilihan storan antara 64GB atau 128GB.



Menyokong penggunaan MikroSD sehingga 512GB, ViewPad 6 turut didatangkan dengan Magic Pencil untuk menambah pengalaman penggunaan yang lebih baik lagi.

Bagi ukuran paparan pula, ia hadir dilengkapi panel LCD IPS FullView 10.4 inci dengan resolusi 2000 x 1200. Bagi tujuan rakaman, terdapat dua kamera diletakkan; 8MP untuk rakaman hadapan manakala sebelah belakang 13MP.

Dikuasakan dengan bateri 7250mAh, ia akan dicas menerusi port USB C yang menurut HONOR mengambil masa 2 jam setengah untuk penuh.



HONOR ViewPad 6 akan menjalankan sistem Magic UI 3.1 dan ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Titanium Silver, Midnight Black, dan Emerald Green. Harga peranti ini masih belum didedahkan lagi dimana ia akan mula berada dipasaran global sekitar Jun hadapan.