Honor Play Turun Harga, 10 Unit Edisi Terhad Audi Berpeluang Untuk Dimenangi

Honor Play merupakan salah satu peranti menfokuskan permainan mudah alih dengan harga mampu milik yang berada di pasaran. Ia didatangkan dengan cip pemprosesan Kirin 970, yang turut digunakan oleh peranti premium Huawei yang lain termasuklah Huawei P20 Pro.

Peranti ini ditawarkan dengan harga RM 1,249 semasa dilancarkan bagi pasaran Malaysia pada bulan Ogos yang lalu. Selain itu, Honor turut memperkenalkan satu edisi khas, Honor Play Player Edition tidak lama selepas itu.

Kapsyen: Kredit: Android Planet


Rekaan yang digunapakai pada model Player Edition ini nampak lebih moden dan canggih. Hadir dengan warna hitam dan jalur elektronik berwarna kelabu, model ini telah mendapat sambutan hangat daripada pengguna.

Tidak cukup dengan itu, Honor Play Edisi Terhad Audi pula akan dibawa masuk ke Malaysia tidak lama lagi. Kali ini, ia betul-betul terhad dengan hanya 10 unit sahaja yang akan dibawa masuk.



 










View this post on Instagram



















 

Now that’s a gift set?! A duo that embodies Honor’s #CrazyFast spirit☄️: The #HonorPlay and a super cool model of #Audi LMS!


A post shared by HONOR (@honorglobal) on





Tambahan lagi, ia bukanlah untuk dijual namun hanya untuk dihadiahkan kepada 10 orang yang bertuah sahaja. Honor dijangka akan mengadakan beberapa pertandingan untuk mencari pemenang bagi unit-unit Honor Play Edisi Audi berkenaan.

Edisi Audi ini hadir dengan reka bentuk yang seakan sama dengan Player Edition, namun ia berwarna merah. Apa yang mengujakan, model ini didatangkan dalam sebuah kotak istimewa serta satu model kereta mainan Audi Sport R8 LMS Cup.


Anda berpeluang menjadi pemilik pertama Edisi Khas Audi ini dengan menyertai pertandingan #700KHONORFans yang sedang diadakan di FB Honor Malaysia ketika ini. Caranya mudah sahaja, kongsikan kiriman di atas di akaun FB anda dan tag tiga orang rakan anda.

Pemenang akan diumumkan sejurus Honor mendapatkan 700,000 peminat di Facebook mereka. Oh ya, sebelum terlupa, Honor Play kini ditawarkan pada harga RM 1,099 sahaja. Dapatkannya di Shopee atau Hihonor dengan kadar segera.