HONOR Play Tidak Akan Dinaik Taraf Kepada EMUI 10.0

Seperti yang diberikan pada September yang lepas, Huawei telah menyenaraikan lebih dari 30 buah model Huawei dan HONOR bakal menerima kemaskini naik taraf kepada EMUI 10 berasaskan Android 10.

EMUI diperkenalkan seiringan dengan siri Mate 30 pada September yang lalu dan bakal disusuli dengan siri P30  pada November serta  lebih banyak model lain untuk bulan yang berikutnya.

Bagi pemilik peranti yang tidak disenaraikan, Huawei telah menjadualkan suku kedua tahun hadapan sebagai tarikah pelesan untuk lain-lain model. Namun begitu, satu perkhabaran yang mungkin mengecewakan bagi pengguna HONOR Play dimana peranti tersebut dikatakan tidak akan mendapat kemaskini naik taraf kepada EMUI 10.

Ini adalah berdasarkan ciapan balas HONOR India yang menyatakan naik taraf tidak dapat dilakukan kerana spesifikasi HONOR Play terbatas yang mana EMUI 10 memerlukan spesifikasi perkakasan lebih tinggi untuk prestasi yang lebih optimum.


Namun begitu, jawapan balas itu menimbulkan persoalan pada pengguna kerana Huawei P20 yang turut mempunyai spesifikasi lebih kurang sama diletakkan dalam senarai kemaskini EMUI 10.