HONOR Malaysia hari ini mengumumkan dua tablet baharu iaitu HONOR Pad X8a LTE dan versi Edisi Kids. Dengan harga bermula RM699, kedua-dua tablet ini menawarkan spesifikasi menarik yang memenuhi keperluan pengguna dewasa dan kanak-kanak.
HONOR Pad X8a LTE dilengkapi dengan 4G LTE serta selongsong boleh lipat percuma. Pembeli juga layak menikmati rebat segera RM50. Tablet ini didatangkan dengan RAM 8GB (termasuk 4GB RAM Turbo) dan storan 128GB yang boleh diperluas sehingga 1TB melalui slot kad MicroSD. Tablet ini dijual pada harga RM799.
Sementara itu, HONOR Pad X8a Edisi Kids, hadir dengan Wi-Fi, RAM 8GB (termasuk 4GB RAM Turbo), storan 64GB, dan ciri mesra kanak-kanak seperti selongsong pelindung kanak-kanak serta drawing stick yang dijual pada harga RM699.
HONOR Pad X8a menampilkan rekaan logam yang bergaya dengan berat hanya 495g dan ketebalan 7.25mm. Pengguna boleh menikmati paparan 11 inci HONOR FullView Eye Comfort 90Hz yang imersif serta perlindungan mata melalui ciri Cahaya Biru Rendah dan Pemalapan Dinamik.
Dikuasakan cip Snapdragon 680 serta MagicOS 8.0, tablet ini menyokong App Extender dan Smart Split-Screen untuk meningkatkan produktiviti. Empat pembesar suara dengan teknologi HONOR Histen menjamin pengalaman audio yang lebih hidup dan memuaskan.
Tablet Edisi Kids ini menampilkan paparan selesa pada penglihatan yang diiktiraf serta sarung pelindung mesra kanak-kanak. Ia juga menawarkan rangkaian widget hiburan mesra kanak-kanak seperti Doodle Mode dan Google Kids Space, bagi menggalakkan pembelajaran dan kreativiti. Tablet ini juga didatangkan dengan Drawing Stick yang meniru pengalaman melukis dengan krayon atau pensel.
Tablet ini juga menampilkan paparan perlindungan mata 11 inci dengan nisbah segar semula 90Hz. Peranti ini juga dilengkapi dengan Penjagaan Mata Cahaya Persekitaran (Pemalapan Dinamik) bagi mengurangkan ketegangan mata, dan mod E-book untuk pembacaan yang lebih selesa. Paparan skrin ini juga telah mendapat pensijilan TÜV Rheinland Low Blue Light Certification dan TÜV Rheinland Flicker Free Certification.
Selain itu, ia juga didatangkan dengan selongsong pelindung yang direka daripada silikon gred makanan, melindungi kanak-kanak daripada memakan partikel memudaratkan serta memastikan pengalaman pengguna yang selamat. Dengan tabiat semula jadi kanak-kanak yang suka bermain, tablet ini juga kalis hentakan dan boleh menahan jatuh serta gegaran.
Peranti Edisi Kids membolehkan ibu bapa memiliki kawalan penuh terhadap kandungan dan penggunaan melalui Family Link, yang membolehkan mereka menetapkan had masa tontonan, mengunci peranti, menguruskan muat turun aplikasi, dan menjejak lokasi anak mereka daripada telefon mereka. Sebagai contoh, ibu bapa boleh menetapkan masa selama sejam untuk menghentikan peranti semasa makan malam bersama keluarga.
Kedua peranti ini kini boleh didapati di platform rasmi HONOR serta pengedar sah seperti Shopee, Lazada, Harvey Norman dan Senheng.
Beli di:
Shopee – https://invl.io/cllt2ll
Lazada – https://invol.co/cllt2lm
{suggest}
Sumber: Siaran media HONOR