Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Family Link

Fungsi Dan Kelebihan Menggunakan Google Family Link

Diterbitkan Oktober 4, 2024 oleh Rushsyafizal

Melalui aplikasi Google Family Link, terdapat berbagai fungsi untuk membantu ibu bapa mengawasi anak-anak mereka berada dalam keadaan yang selamat ketika menggunakan peranti sosial. Berikut adalah beberapa cara bagaimana Google Family menjaga keselamatan akses bagi anak-anak:

WhatsApp Image 2024-08-28 at 3.59.28 PM (2)
WhatsApp Image 2024-08-28 at 3.59.28 PM (3)
WhatsApp Image 2024-08-28 at 3.59.28 PM (4)
WhatsApp Image 2024-08-28 at 3.59.27 PM (1)
WhatsApp Image 2024-08-28 at 3.59.27 PM

1. Pemantauan aktiviti digital

Pemantauan aplikasi boleh digunakan ibu bapa untuk melihat apa sahaja aplikasi digunakan anak-anak, berapa lama waktu yang dihabiskan untuk setiap aplikasi, dan memantau aktivitas harian atau mingguan mereka. Ini memberikan gambaran lengkap tentang bagaimana anak-anak menggunakannya pada peringkat umur mereka.

2. Kawal aplikasi yang boleh dimuat turun

Sebelum anak boleh memuat turun aplikasi dari Google Play Store, mereka harus mendapatkan persetujuan dari orang tua. Ini memungkinkan orang tua untuk menyaring aplikasi berdasarkan kategori usia, memastikan aplikasi yang bakal dimuat turun selamat dan sesuai.

3. Pengaturan had limit masa penggunaan

Ibu bapa dapat menetapkan batas waktu harian untuk penggunaan berperingkat, seperti berapa lama anak boleh menggunakan gajet mereka setiap hari. Ini membantu mencegah penggunaan yang berlebihan dan memberikan keseimbangan antara waktu skrin dan aktiviti lain.

4. Waktu tidur

Selain batas waktu harian, ibu bapa juga boleh mengatur waktu tidur, di mana peranti anak akan terkunci selama waktu tidur yang telah ditentukan, ia dapat memastikan anak tidak menggunakan peranti pada waktu berehat.

5. Tapis kandungan

Ibu bapa dapat mengaktifkan tapisan untuk Google Search dan Chrome, yang membatasi akses anak-anak ke kandungan yang tidak sesuai atau berbahaya di internet. Tapisan ini dapat mencegah anak-anak dari melihat kandungan dewasa atau kandungan lain yang tidak sesuai dengan usia mereka.

6. YouTube Kids

Untuk anak-anak yang lebih kecil, ibu bapa boleh mengarahkan mereka menggunakan YouTube Kids, sebuah platform video yang dibina khusus dengan kandungan yang disesuaikan untuk anak-anak.

7. Pengesanan lokasi anak

Dengan Google Family Link, ibu bapa dapat mengesan lokasi peranti anak secara masa nyata. Fungsi ini sangat berguna untuk memastikan keselamatan anak, contohnya tinjauan terhadap kemana mereka pergi.

8. Pendidikan digital yang selamat

Google Family juga membolehkan ibu bapa mengajar anak menggunakan fungsi Google untuk mencari maklumat. Selain dapat mengajar anak untuk memahami, privasi, dan menghindari berinteraksi dengan orang asing di dunia maya.

Kesimpulannya dengan pelbagai fungsi ini, Google Family boleh membantu ibu bapa meningkatkan kecerdasan minda anak-anak serta memberikan anak-anak pengalaman untuk menggunakan internet secara berperingkat. Tambahan pula untuk bersaing di peringkat global, penggunaan internet sangatlah penting untuk terus berdaya saing.

Berkaitan

  • Video YouTube Ini Didakwa Berhasil Keluarkan Cecair Dari Pembesar Suara Telefon
  • Rasmi, HMD Akan Bawa Masuk 2 Telefon Pintar Baharu Ke Malaysia September Ini
  • HMD Pulse Pro Akan Dilancar Secara Rasmi 30 Ogos Ini Pada Harga RM739
  • Xiaomi Dilapor Akan Perkenal Cip Sendiri Pada Tahun Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY