Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Magic4 Pro

HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999

Diterbitkan Jun 1, 2022 ¡ Dikemas kini Jun 1, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

HONOR Malaysia sebentar tadi melancarkan HONOR Magic4 Pro yang mula menerima pratempahan jam 5 petang 1 Jun 2022 hingga 10 Jun.

Telefon kelas andalan ini diperkenalkan dengan cip Snapdragon 8 Gen 1 dengan RAM 8GB bersama storan sebesar 256GB.

Untuk makluman, peranti HONOR dilengkapi Google Mobile Services (GMS) jadi tidak perlu risau pemasangan aplikasi Google.

HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999

Untuk paparan, skrin lengkung OLED bersaiz 6.81 inci hadir dengan kadar segar maksimum 120Hz, sokongan HRD10+ dan pengiktirafan IMAX ENHANCED,

Yang menariknya, HONOR berkata ia merupakan paparan LTPO dengan dimming PWM 1920Hz pertama di dunia.

Baterinya pula sebesar 4600mAh bersama sokongan pengecasan pantas 100W (berwayar dan tanpa wayar). Dengan HONOR SuperCharge, ia boleh dicas sehingga 100% dalam masa hanya 30 minit.

HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999

Tiga mata di belakangnya yang terletak dalam rekaan bulatan terdiri daripada 50MP utama, 50MP ultralebar, 64MP (telefoto dengan OIS). Satu lagi tambahan ialah sensor TOF 3D.

Kamera swafotonya pula menggunakan lensa 12MP juga lengkap dengan TOF 3D.

Telefon ini juga mempunyai perlindungan IP68.

HONOR Magic4 Pro Rasmi, Snapdragon 8 Gen 1 Untuk RM3,999

Untuk pratempahan, pelanggan akan mendapat HONOR Watch GS 3, HONOR Magic4 Pro, perlindungan keretakan skrin dan lanjutan waranti (1+1) yang bernilai sehingga RM1,656.

Ia dipasarkan pada harga RM3,999 dengan pilihan 3 warna iaitu cyan, emas dan hitam.

Untuk reaksi awal HONOR Magic4 Pro ini, silakan untuk klik artikel tersebut di sini.

Pratempah HONOR Magic4 Pro di:

Lazada – https://invol.co/clb0fjc

Shopee – https://invol.co/clb0dxp

Baca juga:

  • HONOR X7, X8 Dan X9 Tiba Buat Pasaran Tempatan – Harga Bermula RM699
  • SenQ Jawab Isu Lelaki Mengamuk Dakwa Dapat Telefon HONOR ‘Second Hand’
  • (Ulasan) HONOR MagicBook 16 – Harga Premium Tapi Tak Cukup ‘Umph’

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY