Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
HONOR Pad X9a

HONOR Pad X9a WiFi Dengan Bateri 8300mAh Kini Di Malaysia, Harga RM999

Diterbitkan Mac 26, 2025 · Dikemas kini Mac 26, 2025 oleh Amsyar Latif

HONOR secara rasmi melancarkan HONOR Pad X9a WiFi di Malaysia, menawarkan paparan terbaik dalam segmennya dengan harga hanya RM999.

Tablet ini hadir dalam versi WiFi dengan warna Gray, cip Snapdragon 685 4G serta dilengkapi RAM 16GB (termasuk 8GB HONOR RAM Turbo) dan storan 128GB, menjadikannya pilihan terbaik untuk prestasi dan nilai.

Sebagai satu-satunya tablet bawah RM1,000 yang disertakan papan kekunci Bluetooth pintar dan pensel secara percuma, pelanggan boleh mendapatkannya di HONOR Store, platform e-dagang rasmi (Shopee, Lazada, TikTok Shop), serta pengedar sah seperti Senheng, Urban Republic, dan Harvey Norman.

HONOR Pad X9a

HONOR Pad X9a hadir dengan paparan 11.5 inci 2.5K HONOR FullView Display, menawarkan pengalaman tontonan yang lebih lancar dengan 120Hz kadar segar semula serta kejelasan tinggi walaupun di bawah cahaya matahari. Dilengkapi dengan bateri 8300mAh dan pengecasan pantas 35W HONOR SuperCharge, tablet ini mampu menyokong sehingga 11.7 jam tontonan berterusan dan boleh dicas penuh dalam hanya 105 minit.

Untuk meningkatkan produktiviti, HONOR Pad X9a disertakan dengan pelbagai ciri AI seperti Voice-to-Text, Handwriting Beautification, dan Multi-Screen Collaboration, membolehkan pengguna bekerja dan belajar dengan lebih efisien. Ia juga sesuai untuk kegunaan seisi keluarga kerana hadir dengan Google Kids Space dan Family Link, yang membolehkan ibu bapa mengawal kandungan serta menetapkan had penggunaan untuk anak-anak.

HONOR Pad X9a

Dari segi reka bentuk, tablet ini mempunyai badan yang slim dan tahan lasak, dengan berat hanya 475g dan ketebalan 6.77mm, menjadikannya mudah dibawa ke mana sahaja. Tambahan pula, ia telah diuji ketahanannya oleh makmal HONOR bagi memastikan keupayaan dan ketahanan terbaik untuk pengguna.

Selain versi WiFi, HONOR akan memperkenalkan versi LTE pada 10 April 2025 bersama produk lain seperti HONOR Pad V9, HONOR MagicBook X14 2025, HONOR Watch 5 (warna baharu) dan HONOR Earbuds Open.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Nak Telefon Flip Tapi Skrin Besar, Kamera Lawa? Ini Telefon Anda Cari
  • (Ulasan) HONOR Magic7 Pro - Hampir Lengkap Untuk Golongan "Baik Beli"
  • HONOR Sasar Beralih Dari Pengeluar Telefon Pintar Kepada Peneraju Peranti AI
  • HONOR Watch 5 Ultra Buat Kemunculan Di MWC 2025, Dijana MagicOS

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Cipta Fabrik Dengan Skrin Sentuh Terbina Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY