Perkara ini telahpun disahkan pihak Honor Malaysia dimana yang mana penawarannya bakal dibuat pada Januari 2019.
Peranti ini mengetengahkan kamera selfie 24MP manakala bahagian belakang diletakkan dengan sistem kamera 13MP+2MP. Sistem memori pula menawarkan antara RAM 4GB dan 6GB dengan pilihan ruang storan 64GB atau 128GB.
Honor 10 Lite berukuran 6.21 inci itu akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 710 dan dijana bateri berkapasiti 3400mAh.
Bersama-sama mengiringi Honor Lite 10 adalah gelang kecerdasan Honor Band 4. Ia akan mempunyai dua versi pemakaian; digunakan dipergelangan tangan atau dilekatkan pada kast sukan.
Honor Band 4 menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari dan menyokong ciri kalis air. Model sambungan daripada Band 3 ini mempunyai skrin AMOLED bersaiz 0.95 inci boleh memantau kadar degupan jantung dan lain-lain ciri.
Honor Malaysia masih belum mendedahkan lagi harga bagi kesemua peranti yang disebutkan diatas dan untuk itu sama-sama kita nantikan pelancarannya bulan hadapan.
Berkaitan
- Sony Xperia 10 II Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini
- Senarai Harga Siri AORUS Waterforce Untuk Pasaran Malaysia
- Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro
- Khabar Angin - Spesifikasi Samsung Galaxy S10, S10 Lite, S10+ Dan S10+ 5G
- Huawei Mate 10 Dan Huawei Mate 10 Pro Kini Sudah Rasmi
- Vivo S1 Berharga RM1099, Pra-Tempah Sudah Dibuka Dan Jualan Bermula 27 Julai
- Pra-Tempah Honor 6A Pro Sudah Bermula, Dijual Pada Harga RM699
- Pra-Tempah Huawei Mate 10 Pro Akan Bermula 16 November Ini, Dijual Pada Harga RM3099
- Siri HONOR 20 Akan Dilancarkan Pada 23 Mei, Jualan Bermula 29 Mei Depan
- OPPO Bawa Masuk Siri A Baharu, Berharga RM529 Di Malaysia