Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Sony Xperia 10 II Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

Sony Xperia 10 II Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

Diterbitkan Ogos 19, 2020 oleh Helmi Samsuri

Sudah kedengaran tentang penawaran untuk pasaran Malaysia sejak Mei yang lalu, Sony Xperia 10 II akhirnya sudah boleh dibeli bermula hari ini. Terdahulu, Sony Malaysia telah membuka pra-tempahan untuk peranti pada pertengahan Jun lalu dan tamat pada 15 Julai.

Imbas kembali spesifikasi, Sony Xperia 10 II hadir dengan paparan OLED berukuran 6 inci berserta nisbah paparan 21:9 dan menyokong resolusi FHD+. Mempunyai bezel yang agak tebal, dari kebanyakan telefon pintar masa kini ia menempatkan kamera 8MP untuk rakaman hadapan.Sony Xperia 10 II Sudah Boleh Dibeli Bermula Hari Ini

Bahagian belakang pula menampilkan tetapan tiga kamera terdiri daripada 12MP utama, 8MP telefoto dan 8MP ultra lebar. Menguasakan peranti dari dalam cip Snapdragon 665 dengan gandingan memori RAM 4GB dan storan 128GB. Ia turut menyokong penggunaan kad MikroSD sehingga 1TB dan mempunyai pensijilan IP68.

Telefon pintar ini disediakan dengan empat pilihan warna Black, Blue, Mint dan White. Harga jualan rasmi untuk pasaran Malaysia adalah RM1799.

Sumber: Lowyat.net

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY