Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro

Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro

Diterbitkan Mac 31, 2019 · Dikemas kini Mac 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Minggu sudah kita telah menyaksikan siri Huawei P30 telah selamat dilancarkan  dilengkapi dengan kebolehan kamera yang cukup menarik.

Berdasarkan ujian yang dilakukan DxOMark, model ini berjaya menghuni tangga teratas platform penanda aras itu dituruti dua model terdahulu, Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Screenshot 2019-03-31 at 10.55.32 PM

Peranti dari Samsung yakni Galaxy S10+ pula diletakkan pada tangga keempat dengan pungutan markah yang sama seperti dua model lama Huawei itu.

Selepas hari pelancaran P30 Pro, Samsung dikhabarkan ada memuat naik poster pada Weibo yang memperlihatkan markah DxOMark Galaxy S10+ yang dibandingkan dengan P30 Pro.

Samsung Keluarkan Poster Membandingkan Markah DxOMark Galaxy S10+ Dan Huawei P30 Pro

Ia merupakan gabungan markah kamera belakang dan kamera swafoto. Apabila ditambah kedua-duanya, sudah pasti markah Galaxy S10+ lebih tinggi berbanding P30 Pro oleh kerana prestasi kamera swafoto model Huawei itu lebih rendah.

Mengutip laporan dari GizChina, ia mungkin jawapan balas kepada CEO Huawei yang dikatakan mengungkap “Telefon pintar Samsung Galaxy tidak boleh merakam galaksi”.

Sumber: GizChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Dron Pengisi Minyak Di Udara Secara Kawalan Jauh Lebih 3,380 Km Dari Kapal Pengangkut
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
©2026 WISER.MY