Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Diterbitkan Disember 20, 2018 · Dikemas kini Disember 20, 2018 oleh Helmi Samsuri

Imej acah Honor 10 Lite sudah beberapa kali dikongsikan Honor Malaysia pada platform media sosial mereka, sekaligus membayangkan bahawa ia akan dibawa masuk kedalam pasaran tempatan tidak lama lagi.

Perkara ini telahpun disahkan pihak Honor Malaysia dimana yang mana penawarannya bakal dibuat pada Januari 2019.

Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Peranti ini mengetengahkan kamera selfie 24MP manakala bahagian belakang diletakkan dengan sistem kamera 13MP+2MP. Sistem memori pula menawarkan antara RAM 4GB dan 6GB dengan pilihan ruang storan 64GB atau 128GB.

Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Honor 10 Lite berukuran 6.21 inci itu akan dikuasakan dengan cip pemprosesan Kirin 710 dan dijana bateri berkapasiti 3400mAh.

Bersama-sama mengiringi Honor Lite 10 adalah gelang kecerdasan Honor Band 4. Ia akan mempunyai dua versi pemakaian; digunakan dipergelangan tangan atau dilekatkan pada kast sukan.

Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Honor Band 4 menjanjikan ketahanan bateri sehingga 14 hari dan menyokong ciri kalis air. Model sambungan daripada Band 3 ini mempunyai skrin AMOLED bersaiz 0.95 inci boleh memantau kadar degupan jantung dan lain-lain ciri.

Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan

Honor Malaysia masih belum mendedahkan lagi harga bagi kesemua peranti yang disebutkan diatas dan untuk itu sama-sama kita nantikan pelancarannya bulan hadapan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY