Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
‘s tallest house of cards

HONOR Magic V3 Cipta Rekod Baru, Berdiri Teguh Atas Puncak Rumah Kad Permainan Tertinggi Di Dunia

Diterbitkan Ogos 27, 2024 · Dikemas kini Ogos 27, 2024 oleh ariff bukhari

HONOR Magic V3 telah mencatatkan namanya ke dalam buku Rekod Dunia Guinness selepas berjaya berdiri teguh di atas susunan rumah kad permainan tertinggi di dunia.

Cabaran itu dilakukan dengan kolaborasi bersama Bryan Berg, pemegang Rekod Dunia Guinness untuk menyusun kad permainan.

Berg telah berjaya membina rumah kad permainan setinggi 54 tingkat semasa penstriman langsung di platform YouTube dan X (dahulunya Twitter) HONOR Global, minggu lalu.

Berg menghabiskan masa selama 8 jam untuk membina rumah kad permainan tertinggi itu tanpa menggunakan gam. Setelah siap, HONOR Magic V3 diletakkan di puncak struktur tersebut.

Byran Berg with the HONOR Magic V3 on top of the card tower_1

Struktur yang mudah jatuh ini kekal teguh tanpa pergerakan, memperlihatkan rekaan ringan dan kejuruteraan inovatif telefon boleh lipat tersebut.

Pencapaian itu sekaligus menjadi penanda aras mendefinisikan peranti ultra-ringan.

HONOR Magic V3
HONOR Magic V3  adalah telefon boleh lipat terkini yang paling nipis, ringan dan tahan lasak dengan hanya seberat 226g.

HONOR Magic V3 telah pun dilancarkan bulan lalu di China dan ia bakal diperkenalkan untuk pasaran global September depan semasa pameran IFA 2024 di Berlin, Jerman.

Sumber: Siaran media HONOR Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • Siri HONOR Magic V3 Rasmi Di China, Lebih Nipis Dari V2
  • HONOR Magic V3 Bakal Dilancarkan Pada IFA 2024 Berlin September Depan
  • Lebih Jimat Lagi Berbaloi, Beli 1 PC Ni Je Boleh Diguna 4 Orang Serentak

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY