Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Honor Magic 2 – Telefon Boleh-Luncur Buat Kemunculan Semula di IFA 2018

Posted on Ogos 31, 2018

Sub-jenama bagi Huawei, Honor membuat kejutan di IFA kali ini apabila mempertontonkan peranti Honor Magic 2 mereka buat kali pertama semalam. Ia merupakan peranti kelas perdana terbaru mereka yang akan menyambung delegasi Honor Magic, model terawal Honor dengan kecerdasan buatan yang dilancarkan pada tahun 2016.

Kredit : Honor

Namun, perkara paling menarik mengenai peranti ini ialah ia merupakan mempunyai paparan skrin penuh tanpa bezel dan takuk. Kamera swafoto? Ia tersimpan di belakang panel skrin peranti. Untuk menggunakannya, pengguna boleh meluncurkan panel skrin ke bawah bagi mendedahkan lensa kamera swafoto. Ia sekaligus menandakan kemunculan semula peranti boleh-luncur di pasaran telefon pintar hari ini.

Kredit : Android Authority

Dengan ini, Honor berani mendakwa bahawa Magic 2 bakal mempunyai nisbah skrin pada peranti adalah hampir mencecah 100%. Selain daripada itu, Honor turut mengesahkan model berkenaan akan dikuasakan dengan cip terkini HiSilicon Kirin 980, sesuai dengan reputasinya sebagai peranti kelas perdana.

Bagaimanapun peranti ini masih lagi diperingkat prototaip dan tiada tarikh pelancaran rasmi yang telah diumumkan buat masa ini. Untuk pengetahuan anda, model Honor Magic terdahulu hanya di pasarkan di pasaran China sahaja. Namun, memandangkan Magic 2 diperkenalkan di acara global seperti IFA, kami menjangkakan ia akan turut ditawarkan kepada pengguna di luar China apabila dilancarkan kelak.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress