Honor Magic 2 Merupakan Hasil Gabungan Huawei P20 Pro Dan Mate 20 Pro

Seperti yang kita tahu, Honor merupakan salah sebuah anak syarikat kepada Huawei. Ia lebih menfokuskan kepada menghasilkan peranti berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik. Malah, jurang antara "ibu dan anak" ini nampaknya semakin kecil dari hari ke hari.

Perkara itu dilihat bakal terjadi sekali lagi apabila Honor Magic 2 dikatakan sebagai "peranti bajet" bagi Huawei Mate 20 Pro yang baru dilancarkan minggu lepas. Mana tidaknya, ia akan turut menggunakan cip terkini HiSilicon Kirin 980, cip paling berkuasa ketika ini(menurut Huawei).

Kapsyen: Kredit: Trusted Reviews


Tambahan pula, menurut beberapa imej tertiris baru-baru ini, peranti ini kelihatan sama dengan model Huawei yang mencetus fenomena, P20 Pro. Ia sekaligus menjadikan Magic 2 ini seakan-akan hasil gabungan Mate 20 Pro dan P20 Pro.

Baca juga: Ketahui Ciri & Fungsi Istimewa Yang Ada Pada Huawei Mate 20 Pro

Kapsyen: Kredit: Weibo


Dari pandangan belakang, ia saling tak tumpah seperti P20 Pro, di mana ia menggunakan kamera tiga lensa serta lensa dan tulisan jenama yang diletakkan pada tempat yang sama. Bagaimanapun, Magic 2 dilaporkan akan mempunyai lensa yang sedikit rendah berbanding P20 Pro.

Selain itu, Honor Magic 2 ini turut akan hadir dengan kecerunan warna. Malah, salah satu daripada variasi warna yang ditawarkan adalah hampir serupa dengan variasi Twillight pada P20 Pro.

Kapsyen: Kredit: Weibo


Sementara itu, Honor dilaporkan turut membekalkan Magic 2 dengan sokongan pengecasan pantas Huawei SuperCharge 2.0 40W serta imbasan cap jari dalam skrin, sama seperti Mate 20 Pro.

Honor dijangka akan memperkenalkan model ini secara rasmi pada 31 Oktober ini. Memandangkan tarikh itu kian hampir, kami jangkakan lebih banyak maklumat mengenai Magic 2 ini akan didedahkan dalam masa terdekat.

Sumber: Android Authority    XDA-developers