Harga HONOR 20 Dan HONOR 20 Pro Dipotong RM300 Sehingga Hujung Bulan Ini

Sempena Halloween kali ini, HONOR Malaysia menawarkan para peminatnya dengan tawaran istimewa buat siri HONOR 20 bermula dari 19 hingga ke 31 Oktober 2019 ini dengan potongan harga sebanyak RM300 bagi setiap satu model apabila anda membuat pembelian di hihonor.com.my, HONOR Experience Store dan mana-mana kedai rakan kongsi mereka.



HONOR 20 PRO dan HONOR 20 ini adalah tawaran terbaru dari N-Series yang merupakan siri telefon pintar pertama yang mendapat sambutan hangat kerana reka bentuknya yang menarik dan didatangkan dengan keupayaan fotografi yang baik.

Dengan kuad kamera yang dimiliki oleh siri HONOR 20 ini, ia dilengkapi dengan kamera Sony IMX586 AI Quad kamera utama 48MP, kamera 16MP Super Wide-Angle, kamera telefoto 8MP dan kamera Macro 2MP. Mempunyai aperture f / 1.4, dilengkapi dengan ISO 204,800 yang mampu menghasilkan gambar berkualiti ketika keadaan kurang cahaya.



Siri HONOR 20 juga diletakkan sebagai salah satu model dalam kempen  “Rileks, Beli Je! 1 + 1 Tahun Tempoh Jaminan Lanjutan" yang menawarkan satu tahun jaminan tambahan,  memberi kelebihan kepada pengguna untuk menerima waranti selama dua tahun apabila pembuat pembelian sehingga hujung tahun ini.

Waranti ini boleh ditebus melalui aplikasi HiCare dalam masa 7 hari dari pembelian. Pelan ini turut memberi perlindungan yang meluas terhadap kos pembaikan daripada bahagian penyelenggaraan rasmi HONOR dengan menggunakan 100% alat ganti yang tulen.