HTC U Play Dengan Paparan 5.2 Inci Bersama AI Sense Companion

HTC tampil dengan flagship baru mereka HTC U Ultra dan dalam masa yang sama turut menampilkan adik kepada U Ultra iaitu HTC U Play. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut tentang HTC U Ultra di artikel sebelum ini.

Apa yang membezakan fizikal kedua-dua adik beradik versi 'U' dari HTC ini adalah saiz skrin. HTC U Ultra dibina dengan skrin bersaiz 5.7 inci dan panel skrin tambahan. Malangnya anda tidak akan dapat panel skrin kedua untuk U Play. HTC U Play menggunakan paparan skrin 5.2 inci 1080p.

Untitled

Jika dilihat kamera dibelakang U Play direka dengan bentuk bulat berbanding U Ultra yang memiliki bentuk petak. Sensor kamera U Play adalah bersaiz 16-Megapixel bersama sensor BSI dan f/2.0. Kamera belakang juga dilengkapi dengan fungsi penstabila imej.

Di dalamnya dibina dengan cipset Mediatek Helio P10 yang bagi kami sudah lapuk. Ianya juga hadir dengan pilihan RAM 3GB/ 32GB storan dan RAM 4GB/64 GB storan. Yang paling mengecewakan ianya hanya dimuatkan dengan bateri bersaiz 2500mAh.

U Ultra juga dilihat lemah kerana masih menggunakan sistem operasi Android Marshmallow 6.0 berbanding abangnya U Ultra yang menggunakan Android Nougat 7.0. Dan semestinya model U Play ini akan hadir dengan harga yang lebih rendah.

Untuk kelas pertengahan, HTC U Play nampaknya agak sukar untuk bersaing kerana di pasaran terdapat lebih banyak pilihan pada harga kelas pertengahan dan mengetengahkan perkakasan dan perisian yang lebig canggih.

Come on HTC! Ini saja kah yang anda mampu lakukan?

Sumber; GSM Arena, The Verge, Gadget 360, Android Authority