Terbaru, HMD Global telah mengumumkan sebuah peranti kelas permulaan terbaru mereka, Nokia 1 Plus. Ia merupakan naiktaraf kepada peranti Nokia 1 yang diperkenalkan tahun lalu.
Hadir dengan sistem operasi Android 9 Pie Go Edition, peranti ini menyasarkan penggunaan ringan.
Sebagai peranti kelas permulaan, Nokia 1 Plus ini hadir dengan spesifikasi yang agak asas.
Antaranya ialah penggunaan pemproses 4-teras MediaTek MT6739WW 1.5Ghz, memori 1GB RAM serta simpanan dalaman 8GB.
Bagaimanapun, pengguna dibenarkan untuk menambah sehingga 128GB ruang simpanan menggunakan kad mikroSD.
Tetapan kameranya juga tidaklah begitu menarik. Kamera utamanya dibekalkan dengan lensa 8MP manakala kamera swafotonya pula disokong oleh lensa 5MP.
Peranti ini bakal dijana oleh bateri berkapasiti 2,500mAh, namun pihak Nokia mendakwa peranti ini mampu bertahan untuk tempoh yang lama.
Apa yang menarik pada peranti ini ialah kerangka belakangnya yang boleh ditanggal dan ditukarkan. Ia secara tidak langsung mengembalikan nostalgia telefon pintar keluaran sekitar tahun 2000 dahulu.
Peranti ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Merah, Biru dan Hitam. Namun lebih banyak pilihan kerangka belakang dijangka akan dihasilkan oleh pengeluar pihak ketiga nanti.
Sesuai dengan spesifikasi yang ditawarkan, peranti ini dipasarkan pada harga $99(~RM403) sahaja. Ini mungkin menjadi salah satu aspek yang mampu menarik perhatian pembeli nanti.
Kita mungkin akan mendengar mengenai status kemasukan peranti ini ke pasaran tempatan daripada Nokia dalam beberapa hari lagi.
Sumber: Nokia
Berkaitan
- OPPO Beri Peluang Kepada Peminat Untuk Mereka Cipta Logo/Perkataan 'Reno'
- Peranti iPhone 2018 Dilapor Akan Hadir Dengan Lebih Variasi Warna
- Persoalan Sudah Terjawab, Peranti Huawei Tanpa Servis Google, Ini Respon Pihak Huawei
- Telefon Android Juga Bakal Kehilangan Headphone Jack
- Ciri Terbaru Permainan FIFA 17 Yang Akan Di Keluarkan Pada 17 September Ini
- Nokia Malaysia Beri Diskaun Kepada 7 Model Mereka, Harga Bermula Dari RM219
- HONOR Lanjut Kempen "Rileks, Beli Je! 1+1 Tahun Tempoh Jaminan Lanjutan"
- 16 Pasukan Bakal Berentap Di Pentas Akhir PMCO 2019 Hujung Bulan Ini
- Samsung Dilapor Akan Ambil Alih Syarikat Pembangun Teknologi 10X Zoom Optikal
- Kemaskini Terbaru Untuk Liga Juara-Juara Wiser 2019 #BuletinGajet