Model terbaru HONOR MagicBook kini dikuasakan oleh cip pemprosesan AMD Ryzen 5 dan 7.
Di acara pelancaran barisan produk terbaru awal hari ini, HONOR telah memperkenalkan komputer riba HONOR MagicBook 14 inci dan 15.6 inci.
Kedua-dua model terbaru HONOR MagicBook tersebut dikuasakan oleh cip pemprosesan empat teras AMD Ryzen 5 3500, RAM berkapasiti dari 8GB, storan pantas PCIe NVMe SSD 256GB atau 512GB dan paparan LCD IPS berdefinisi penuh (1080p, 16:9).
Pengguna boleh memilih menggunakan cip pemprosesan yang lebih berkuasa dari AMD Ryzen 7 3700 serta cip grafik Radeon RX Vega 10 yang menawarkan lebih prestasi.
Tetapi model HONOR MagicBook 14 inci dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 56Wh. Manakala HONOR MagicBook 15.6 inci hanya dilengkapai bateri berkapasiti 42Wh sahaja.
HONOR MagicBook 14 inci dan 15.6 inci berharga dari CNY 3,600 (~RM2139) dan sudah boleh dipra tempah oleh pengguna di China sahaja buat masa sekarang.
Walaupun sudah mendapat kebenaran untuk menggunakan sistem operasi Windows 10, terdapat juga versi Linux yang ditawarkan pada harga lebih rendah.
Sumber: GSM Arena
Berkaitan
- Secara Terangan Cabar Samsung, HONOR Mahu Rampas Penguasaan Telefon Pintar Premium
- Sebanyak 14 Lagi Model Telefon Pintar Huawei Dan Honor Menerima Kemas Kini EMUI 10
- Anugerah HONOR Magic Moments 2023 Kembali, Menangi RM10,000
- Teknologi Bateri Honor Magic6 Pro Bolehkan Ia Bertahan Di Angkasa
- HONOR Malaysia Menawarkan Diskaun Sehingga 25% Sempena Jualan 8.8 Di Shopee Dan Lazada
- HONOR Jadi Jenama Pilihan Di China Bagi Suku Ke-4 2021
- HONOR Menjadikan iPhone Sebagai Penanda Aras Bagi Siri HONOR Magic3
- HONOR Jadi Pilihan Utama Pengguna Di Malaysia
- HONOR Magic6 Pro, Peranti Ultra Premium Terbaik Di Dunia Dalam 4 Kategori DXOMARK
- TM One Kini Penyedia Perkhidmatan Awan Bagi Pelanggan HONOR Di 3 Benua