Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Letter to SAM

Secara Terangan Cabar Samsung, HONOR Mahu Rampas Penguasaan Telefon Pintar Premium

Diterbitkan Februari 6, 2024 · Dikemas kini Februari 6, 2024 oleh ariff bukhari

HONOR kini menjadi jenama telefon pintar Android yang mencabar Samsung untuk pasaran telefon pintar premium di Malaysia.

Menerusi siri terbarunya Magic6, HONOR dengan beraninya mencabar  Siri Samsung Galaxy S24.

HONOR Malaysia memuat naik sekeping surat di Facebook rasmi, hari ini yang ditujukan kepada jenama telefon pintar Korea Selatan tersebut. Dalam surat itu, HONOR Malaysia mengucapkan selamat ulang tahun ke-24 kepada jenama tersebut dan turut bersertakan sentimen ‘time for a change’ atau ‘masa untuk berubah’.

https://www.facebook.com/photo?fbid=773238938166741&set=a.638108385013131

HONOR Malaysia merekodkan prestasi cemerlang pada 2023, yang mana HONOR X9a, HONOR 90, dan HONOR X9b telah tersenarai dalam 10 telefon pintar paling dicari di Carian Tahun 2023 Google dalam negara.

HONOR kini sedang bersiap sedia untuk pelancaran global Siri HONOR Magic6 dan Magic V2 RSR di Kongres Mudah Alih (MWC) 2024.

Pelancaran global HONOR Magic V2 RSR dan Siri HONOR Magic6 akan berlangsung di Barcelona, Sepanyol pada 25 Februari 2024, jam 9 malam waktu tempatan.

Acara ini boleh disaksikan menerusi strim langsung di laman web HONOR https://www.hihonor.com/my/events/honor-mwc/  

Berkaitan

  • HONOR Jadi Pilihan Utama Pengguna Di Malaysia
  • Ini Senarai Carian Paling Banyak Dibuat Rakyat Malaysia Tahun 2023
  • Ini 10 Carian Telefon Pintar Paling Sohor Kini Di Malaysia 2023

Sumber: Siaran media HONOR

Beli pelbagai produk terbaru HONOR di stor rasmi:

Shopee: https://invl.io/clkp240

Lazada: https://invol.co/clkp24d

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY