Siri HONOR Magic4 yang merupakan telefon pintar flagship terbaru daripada HONOR telah digelar sebagai “Pain Point Killer”. Gelaran itu diberi kerana ia menampilkan reka bentuk simetri ikonik, pengalaman visual paparan yang dipertingkatkan, fotografi dan videografi tercanggih, prestasi terunggul serta ciri privasi yang komprehensif.

Anugerah-anugerah yang dicapai menerusi siri ini di MWC sekaligus membuktikan bahawa teknologi dan inovatif canggih yang dibawa oleh peranti tersebut diiktiraf dunia.
Selepas pelancarannya di MWC, penjelajahan dunia siri HONOR Magic4 akan bermula di Eropah dan seterusnya bakal dibawa masuk ke pasaran Malaysia pula dalam masa yang terdekat ini.
HONOR dalam satu kenyataan medianya menyatakan bahawa Malaysia antara negara yang penting untuk HONOR memantapkan jenamanya secara global.

HONOR turut berbangga dengan memaklumkan bahawa prestasi penguasaan pasaran telefon pintar mereka di China turut meningkat di mana HONOR bangkit untuk berada di kedudukan pertama dalam pengeluaran stok telefon pintar Android di China bagi suku ke-4 2021 lalu.
Pencapaian itu didorong oleh prestasi jualan telefon pintar siri HONOR Magic3 dan telefon lipat pertama HONOR Magic V mereka yang memberangsangkan.
Berdasarkan kepada laporan analisis Counterpoint, pengeluaran stok HONOR di pasaran telefon pintar China pada suku kempat itu telah naik ke tempat kedua pada kali pertama sejak menjadi syarikat bebas.
Ia juga juara dalam kategori Android dan berada di kedudukan kedua selepas Apple secara keseluruhannya.

Sumber: Siaran Akhbar HONOR
Baca juga:
- Siri HONOR Magic3 Dilancarkan, Dikuasakan Snapdragon 888 Plus 5G
- HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
- HONOR Menjadikan iPhone Sebagai Penanda Aras Bagi Siri HONOR Magic3
Berkaitan
- HONOR Malaysia Menawarkan Diskaun Sehingga 25% Sempena Jualan 8.8 Di Shopee Dan Lazada
- TM One Kini Penyedia Perkhidmatan Awan Bagi Pelanggan HONOR Di 3 Benua
- HONOR Buat Kejutan Dengan Pelancaran HONOR Magic3 Pro+ 5G
- Sebanyak 14 Lagi Model Telefon Pintar Huawei Dan Honor Menerima Kemas Kini EMUI 10
- HONOR MagicBook X 15 Secara Rasminya Dilancarkan, Berharga Dari RM2,299.00
- Skor Kamera Dan Paparan HONOR Magic5 Pro Atasi iPhone 14 Pro Max Dan Galaxy S23 Ultra - DxOMark
- HONOR Lancarkan HONOR MagicBook 14 Dan 15.6 Inci, Mirip Seperti Macbook
- Siri HONOR Magic3 Dilancarkan, Dikuasakan Snapdragon 888 Plus 5G
- Akhirnya Telefon Pintar Flagship HONOR Ini Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 1 Jun Nanti
- HONOR Menjadikan iPhone Sebagai Penanda Aras Bagi Siri HONOR Magic3