Honor Beri Gambaran Ketibaan Honor 10 Lite Ke Pasaran Tempatan Tidak Lama Lagi

Honor Malaysia telah memberi gambaran mengenai ketibaan peranti Honor 10 Lite ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Ia dibuat melalui satu kiriman di laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.



Mereka sebelum ini telah pun memberi beberapa gambaran awal mengenai ketibaan peranti ini. Antaranya ialah ketika membuat kiriman di bawah pada 5 Disember lalu.

Honor 10 Lite telah dilancarkan di China pada 21 November yang lalu. Ia hadir dengan paparan skrin 6.2-inci FHD+, cip Kirin 710 dan bateri berkapasiti 3,400mAh.

Kita mungkin akan mendengar berita lanjut daripada pihak Honor dalam masa terdekat.

 

Sumber: Honor Malaysia