Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tambah Nilai U Mobile RM10 Guna TnG E-Wallet, Anda Berpeluang Menang Samsung S10e

Tambah Nilai U Mobile RM10 Guna TnG E-Wallet, Anda Berpeluang Menang Samsung S10e

Diterbitkan Oktober 4, 2019 oleh Haikel Areff

Ini adalah kelebihan buat pengguna U Mobile yang menggunakan khidmat e-dompet Touch ‘n Go kerana kini anda boleh memenangi hadiah menarik dengan kempen yang sedang mereka jalankan. Tempoh kempen sudah pun bermula sejak 1 Oktober dan akan berakhir pada 31 Disember 2019.

Semua pelanggan U Mobile yang aktif boleh menambah nilai kredit sekurang-kurangnya RM10 melalui akaun e-dompet Touch ‘n Go (“TOPUP”) mereka dan layak untuk menyertai kempen ini.

Tambah Nilai U Mobile RM10 Guna TnG E-Wallet, Anda Berpeluang Menang Samsung S10e

Pemenang hadiah bulanan akan dipilih berdasarkan nilai kumulatif tertinggi tambah nilai yang mereka lakukan bagi setiap bulan tersebut. Semua hadiah bulanan tersebut tidak boleh dipindah milik dan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau barangan lain.

Pemenang hadiah mingguan pula akan dipilih secara rawak oleh program yang dikendalikan oleh sistem komputer. Mereka akan menerima 100% cash back daripada tambah nilai masing-masing pada minggu berkenaan.

Hadiah-hadiah yang akan dimenangi 

  • Tempat Pertama : 3x Samsung S10e (bulanan)
  • Tempat Kedua : 3x Samsung Galaxy Watch (bulanan)

 

Setiap peserta hanya layak memenangi SATU (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen ini berlangsung.

Semua nama pemenang dan nombor telefon mereka (3 digit pertama dan terakhir) akan dipaparkan di laman web rasmi U Mobile dan laman Facebook rasmi Touch ‘n Go Digital (TNGD) atau sebarang kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh mereka.

Untuk dapatkan lebih maklumat tentang kempen ini, boleh baca terma dan syarat selanjutnya di tngdigital.com.my

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MCMC Lantik TM Bangunkan Projek Kabel Dasar Laut MADANI Bernilai RM2.7 Bilion
  • EV Kini Bantu Jimatkan 1.2 Juta Tong Minyak Global Sehari - Laporan
  • Apple Pay Kini Sokong Kad Public Bank
  • Cat 'Serap' Karbon Dan Pantul Haba Ciptaan Penyelidik UTM Sasar Pasaran Global
  • HONOR Magic9 Pro Max Kini Boleh Ditempah Di Malaysia, Hadiah Bernilai RM5,006 Untuk Pembeli Awal
  • ChatGPT Kini Gantung Akses 24 Jam Jika Cuba Cari CSAM
  • Apple Didakwa Rancang Usia Usang Peranti Bagi Meningkatkan Jualan iPhone
  • GrabPay Bakal Tambah Sokongan DuitNow Transfer
©2026 WISER.MY