Menerusi perkongsian gambar pada platform Weibo, Presiden HONOR, George Zhao mengacah kehadiran model tersebut dengan rekaan yang hampir serupa dengan HONOR Band 4. Imej memperlihatkan skrin berwarna yang berkemungkinan paparan AMOLED disamping butang navigasi berbentuk bulat pada bahagian bawah.
Menariknya tentang khabar angin HONOR Band 5 adalah ia akan mempunyai ciri mengukur paras oksigen didalam darah serta mampu mengesan keadaan letih, lesu serta pening yang dialami pengguna.
Walaubagaimanapun, Zhao hanya berkongsi gambar dan tidak mendedahkan bilakah peranti itu akan diumumkan. Terdapat ramalan HONOR Band 5 mungkin dilancarkan bersama-sama HONOR 9X pada 23 Julai ini, sama seperti yang dilakukan pengeluar ketika pengenalan HONOR Band 4 disamping HONOR 8X tahun lalu.
Perkara ini dikuatkan lagi dengan pra-tempah HONOR Band 5 yang telah dibuka oleh beberapa platform dalam talian di China seperti Vmall, Tmall, Suning dan JD.
Terdapat tiga pilihan warna yang ditawarkan iaitu, Meteorite Black, Midnight Blue, dan Coral Powder. Laman pra-tempah juga tidak menyatakan sebarang maklumat berkenaan harga dan spesifikasi.
Sumber: Weibo dan GizmoChina
Berkaitan
- HONOR Malaysia Umum Kerjasama Dengan JOOX
- Wiko Sunny 4 Boleh Dibeli Pada Hanya RM199
- Imej Perlihatkan Pixel 4A Dilengkapi Paparan Berlubang Dan Bicu Audio 3.5mm
- Siri Huawei P40 Terima Anugerah Telefon Pintar Dengan Foto Terbaik Dari TIPA
- iPhone 2018 Didakwa 10% Lebih Laju Serta Digandingkan Dengan RAM 4GB
- Realme 5 Pro Habis Terjual Pada Jualan Hari Pertama Di Malaysia
- Gambaran Lebih Jelas Reka Bentuk Vivo V15 Pro
- Lenovo Yoga C630 - Laptop Pertama Dengan Cip Snapdragon 850 Dan Bateri Mampu Bertahan Selama 25 Jam
- Xiaomi Mi Mix 3 Harga Bawah RM2500 Hadir Dipasaran Tempatan Januari Hadapan
- Promosi Sempena Merdeka Untuk Samsung Tab, Potongan Harga Sehingga RM530