Honor Band 4 Dan Running Edition Dijual Pada Harga RM 149 Dan RM79 Untuk Malaysia

Turut menemani kemasukan Honor 10 Lite untuk pasaran Malaysia adalah gelang kecerdasan, Honor Band 4. Ia menampilkan skrin paparan AMOLED bersaiz 0.95 inci, mempunyai keupayaan kalis air dan kuasa bateri yang dijanjikan sekitar 17 hari.



Membawakan rekaan hampir serupa dengan keluaran terdahulu, Honor Band 4 dilengkapkan dengan ciri kecerdasan seperti mengesan degup jantung, dan waktu tidur anda. Anda juga boleh mengawal kamera disamping ciri mengesan telefon pintar.

Satu lagi edisi yang diumumkan adalah Honor Band 4 Running Edition. Terdapat dua mod pemakaian iaitu di pergelangan tangan atau diletakkan pada kasut sukan, dimana ia akan mengesan dengan lebih tepat setiap langkah larian. Melaluinya, ia akan memberikan tips yang bersesuaian dengan cara larian anda.

Kebolehan itu disokong oleh penggunaan sensor 6 paksi untuk fungsi pengesanan. Bercirikan kalis air dan skrin paparannya berukuran 0.5 inci dan mampu beratjan sehingga 21 hari untuk satu pengecasan penuh.



Peranti-peranti ini akan dijual pada nilai RM 149 untuk Honor Band 4 manakala bagi Running Edition anda perlu membayar RM 79 untuk memilikinya. Pembelian boleh dibuat di laman Hihonor.com bermula 9 Januari 2019.