HONOR Play 9A Muncul Dengan Helio P35 Dan Bateri 5000mAh

Selain memperkenalkan HONOR 30S, pengeluar turut sama mengumumkan HONOR Play 9A bagi siri bajet mereka.

Ia hadir dengan skrin paparan LCD 6.3 inci bersama resolusi HD+. Takuk dibahagian atas papara pula menempatkan kamera 8MP yang turut mempunyai keupayaan rakaman video 1080p.



Panel belakang peranti disediakan dengan tiga warna pilihan iaitu Night Black, Blue Emerald dan Jasper Green. Antara ciri yang berada pada kawasan tersebut adalah dwi kamera terdiri daripada 13MP lensa utama dan 2MP untuk penambahbaikan rakaman potret.

Menguasakan peranti dari dalam ialah cip MediaTek Helio P35 yang digandingkan bersama RAM 4GB serta storan 64GB atau 128GB. Sekiranya tidak mencukupi, ruang memori boleh diluaskan lagi dengan kad MikroSD sehingga 512GB.



Hanya memberikan port MikroUSB yang menyokong pengecasan 10W untuk mengisi kuasa bateri 5000mAh. Antara ciri lain yang boleh didapati pada peranti ini adalah Bluetooth 5.0 dan bicu audio 3.5mm.



Harga jualan mengikut variasi storan iaitu 64GB diletakkan pada harga 900 yuan (~RM546) dan 128GB pula pada nilai 1200 yuan (~RM728).