Turut dikenali sebagai HONOR 10i/20i dipasaran negara lain, HONOR 20 Lite diperkenalkan dengan skrin paparan IPS LCD 6.21 inci bersama resolusi 2340 x 1080p serta menjalankan sistem operasi EMUI 9.o berasaskan Android Pie 9.
Ia dikuasakan cip Kirin 710 dan dipadankan dengan RAM 4GB serta ruang simpanan sebesar 128GB. Mengisi takuk pada panel paparan hadapan adalah lensa kamera swafoto 32MP (f/2.0).
Tiga lensa kamera bahagian belakang pula terdiri daripada sensor 24MP (f/1.8)+8MP(f/2.4)+2MP(f/2.4). Sistem imbasan cap jari diletakkan pada panel belakang dan kapasiti bateri yang diberikan adalah 3400mAh menerusi pengecas 10W.
Diletakkan pada nilai RM949, HONOR 20 Lite disediakan dua warna pilihan iaitu Phantom Red dan Phantom Blue. Penawaran peranti ini akan dibuat bermula 24 April 2019 secara eksklusif di Shopee dan laman HiHONOR.
Bagi 500 pembeli pertama yang membeli HONOR 20 Lite dari Shopee akan beg drawstring serta Shopee Coins bernilai RM30. Sementara itu bagi 1000 pembelian yang seterusnya akan menerima cenderahati dari HONOR beserta Shopee Coins RM30.
Seramai 50 pembeli terawal di HiHONOR pula juga menerima cenderahati dari HONOR. Penjualan secara fizikal dari HONOR Experiences Store akan ditawarkan bermula 26 April 2019.
Berkaitan
- Nokia 6.1 Dan Nokia 8110 Sedia Dibeli Bermula Esok, Jumaat 6 Julai 2018
- Xiaomi Mi 9 Sah Diperkenalkan 20 Februari Nanti
- Rm2699 Adalah Harga Pasaran Huawei Mate 10 Di Malaysia
- Mozilla Teruskan Sokongan Firefox Untuk Windows XP dan Vista Sehingga September 2017
- Industri Digital Malaysia Belum Sedia Hadapi Cukai Digital - IPAY88
- Suka Selfie Dan Beriadah? Lengkapkan Gaya Hidup Anda Dengan Dua Peranti HONOR Ini
- Apple Bekerjasama Dengan Intel Untuk Melengkapkan Teknologi 5G Pada iPhone 2018
- Honor Malaysia Bawa Masuk Dua Peranti Januari Depan
- Android Oreo Beta Bagi Honor 8 Pro Sudah Mula Ditawarkan
- Beli realme X3 SuperZoom Pada 2 Jun 2020, Dapat Diskaun RM200