Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Mi 9 Sah Diperkenalkan 20 Februari Nanti

Posted on Februari 13, 2019Februari 13, 2019

Penantian peminat siri Mi nampaknya sudah terjawab dimana peranti terbaru, Mi 9 bakal diperkenalkan seminggu sahaja lagi.

Berdasarkan poster pengumuman, Xiaomi telah menetapkan 20 Februari sebagai tarikh acara pengenalan Mi 9.

Mungkin ada diantara yang perasan, acara Samsung Unpacked juga bakal diadakan pada tarikh sama. Kedua-duanya berlangsung didua lokasi berbeza, (Xiaomi di China dan Samsung di San Francisco) , menjadikan kita akan melihat pengumuman Mi 9 terlebih dahulu oleh kerana perbezaan masa 16 jam.

Berbalik kepada Mi 9, selain tetapan tiga kamera belakang, bocoran spesifikasi yang digembar-gemburkan sebelum ini menyatakan ia akan hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 855, serta sensor imbasan cap jari dalam paparan.

Sumber: MIUI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress