Apple hari ini memperkenalkan HomePod mini dalam pilihan warna baharu Midnight, menggantikan warna Space Grey yang ditawarkan sebelum ini. Pembesar suara ini kekal tersedia dalam warna Blue, Orange, White dan Yellow.
Imbas kembali, HomePod mini hadir dengan saiz 3.3-inci bersama janaan cip S5. Ia diperbuat daripada 100% fabrik mesh kitar semula serta mempunyai empat mikrofon, penderiaan bilik, multiroom audio, pengecaman bunyi dan sebagainya.

Di Malaysia, HomePod mini dalam warna Midnight sudah pun boleh dipesan pada harga RM529 melalui laman web Apple atau aplikasi Apple Store, dengan ketersediaan di Apple The Exchange TRX bermula 18 Julai 2024.
Selain itu, pilihan warna baharu ini juga tersedia melalui Penjual Semula Berdaftar Apple atau pembawa selular yang sah (harga mungkin berbeza).
Sumber: Apple Newsroom


