TV ULED 4K (U800QF)
TV ULED 4K menawarkan paparan yang lebih tajam dan jelas dengan skrin yang bersaiz 65 inci serta resolusi 3840x2160 Ultra HD. Ia juga terdapat Hi-View Engine yang membolehkan pemprosesan grafik lebih pantas untuk mengoptimakan kualiti gambar.
TV ULED dengan Quantum Dot Color mampu menghasilkan lebih daripada 1 bilion warna. Selain itu, ia hadir dengan Dolby Vision HDR yang diilhamkan teknologi pawagam memberikan pengguna menikmati hiburan dengan lebih menarik.
Bagi sistem bunyi pula, TV ini membolehkan pengguna untuk menikmati bunyi sinematik dengan pembesar suara di depan yang menggabungkan Dolby Atmos dan JBL Sound Solution. TV ini dijual pada harga RM 4,999.
Peti Sejuk Inverter 4 Pintu
Model terbaru peti sejuk ini menggunakan rekaan Metal-Tech Cooling yang menjadikan dinding belakang peti sejuk dilapisi keluli tahan karat dan memastikan udara sejuk diagihkan secara rata dari dalam keluar.
Manakala freezer bagi peti sejuk ini hadir dengan fungsi pembekuan cepat membolehkan pengguna melakukan pembekuan dengan cepat.
Ia juga mempunyai teknologi Dual-Tech Cooling yang mempunyai dua penyejat bebas untuk mengawal suhu dan memberikan bacaan suhu dengan lebih tepat.
Sementara Triple Temperature zone menyediakan pilihan bebas kepada pengguna dari peti sejuk (2-8°C) hingga My Fresh Choice (-18-5°C) dengan mudah. Peti sejuk ini ditawarkan dengan harga RM 3,199.
Penghawa Dingin Inverter R32
Hisense telah lama dalam teknologi inverter sejak tahun 1997. Penghawa dingin terbaru ini menawarkan dua kapasiti, 1.0HP dan 1.5HP.
Ia juga mendapat 5 Bintang Penarafan Tenaga dengan penggunaan tenaga 40% lebih sedikit berbanding produk penarafan tenaga 2 bintang konvensional.
Selain itu, penjana plasma yang terdapat dalam penghawa dingin ini dapat mengurangkan pencemaran udara, membunuh hingga 90% bakteria dan kuman di udara.
Tambahan lagi, sensor pada alat kawalan jauh pada penghawa dingin ini juga dapat merasakan suhu persekitaran dan ia akan menyesuaikan suhu secara automatik apabila dibuka. Penghawa dingin ini dijual pada harga RM 1,499.
Berkaitan
- TV Pintar Xiaomi Akhirnya Tiba Buat Pasaran Tempatan
- Pelanggan Apple TV+ Terima Langganan Percuma Sehingga Jun 2021
- Astro Mengemaskini Kandungan TV Dengan Saluran Baharu
- 'Doomsday Glacier' Makin Cepat Cair, Paras Laut Dunia Boleh Meningkat
- AirPods Pro Baharu Dan iPhone SE Dijangka Akan Dilancarkan Pada April Ini
- MacBook Air Kini Dengan Cip M3, 18 Jam Bateri, Sokong Dua Paparan
- Jam Tangan Pintar Ini Boleh Larut Dalam Air, Atasi Masalah E-Sisa
- Apple Akan Ganti AirPods Pro Yang Mengalami Masalah Bunyi Secara Percuma
- Ais Greenland Kehilangan Banyak Air Dalam 20 Tahun, Cukup Tenggelamkan AS
- LG TV 8K NanoCell Kini Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM 21,999