LG TV 8K NanoCell Kini Di Malaysia, Dijual Pada Harga RM 21,999

Pada bulan lepas, LG telah mengumumkan TV 8K NanoCell pertama mereka di Malaysia dan juga model 4K NanoCell yang menawarkan Very Impressive Picture (VIP) kepada pengguna.



Teknologi dari LG ini memberikan ketulenan warna walaupun dilihat dari pelbagai sudut. Warna dan kontras yang terhasil daripada TV ini juga menjanjikan pengalaman yang menarik semasa menonton filem.



Selain itu, dengan adanya α9 Gen3 AI processor dalam TV ini, ia dapat melakukan deep-learning algorithm iaitu warna dan bunyi akan diselaraskan secara automatik mengikut persekitaran dalam rumah.

Tambahan lagi, teknologi LG ThinQ AI membolehkan pengguna mengawal TV menggunakan suara. TV ini mempunyai Dolby Vision dan Dolby Atmos yang akan memberikan paparan cantik dan bunyi yang menarik.

TV NanoCell dimuatkan dengan Bluetooth Surround dan pengguna boleh menggunakan dua pembesar suara bluetooth bagi mendapatkan fungsi surround.

Menariknya, bagi penggemar gaming, TV ini mempunyai teknologi FreeSync yang semestinya menjadikan pengalaman bermain lebih lancar. Buat masa sekarang hanya saiz 65 inci ditawarkan dan dijual pada harga RM 21,999.