Dia juga dibenarkan pulang ke U.K tanpa dikenakan sebarang denda.
Penggodam dan hero yang telah memberhentikan serangan perisian hasad WannaCry, Marcus Hutchins telah terlepas daripada hukuman penjara 10 tahun di A.S.
Tetapi beliau masih berada di bawah pemantauan pihak berkuasa dalam tempoh setahun selepas dia dibebaskan daripada pertuduhan yang dihadapinya.
Marcus Hutchins aka MalwareTech merupakan seorang pakar pembangun perisian komputer yang telah berjaya menyekat serangan perisian hasad WannaCry daripada tersebar luas pada tahun 2017 lalu.
Kejayaan itu sekaligus telah menjadikannya sebagai seorang hero diseluruh dunia.
Walaubagaimanapun, beberapa bulan selepas insiden itu berjaya ditangani, beliau telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Las Vegas ketika dia ingin pulang semula ke U.K selepas menghadiri persidangan keselamatan Black Hat dan DEF CON.
Penahanan tersebut dibuat selepas pihak berkuasa mendapati Hutchins adalah individu yang bertanggungjawab membangun dan menyebarkan perisian hasad Kronos dan UPAS-Kit iaitu sejenis perisian hasad trojan yang khusus dibangunkan bagi menyerang sistem perbankan sekaligus mencuri kata laluan dan maklumat sulit dari laman sesawang perbankan.
Beliau telah mengaku salah di atas tindakan tersebut dan menyesali perbuatannya itu. Dia kini memfokuskan berkongsi kemahiran menganalisis perisian hasad yang dimilikinya serta berkongsi maklumat dengan komuniti keselamatan komputer.
Sumber: BBC
Berkaitan
- Sebanyak 146 Perisian Hasad Didapati Tersedia Pasang Dalam 29 Pengeluar Peranti Android
- Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
- Telefon Pintar Android Bajet Rendah Didakwa Sudah Tersedia Dipasang Perisian Hasad
- Pengguna Android Berdepan Lagi Serangan Perisian Hasad. Kali Ini Dari Penggodam Iran
- Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini Kerana Telah Dijangkiti Perisian Hasad Joker
- Penggodam China Disyaki Menyebarkan Perisian Hasad Yang Tidak Boleh Dibuang
- Apple Beri Amaran Kepada Pengguna Di 92 Negara Tentang Ancaman Serangan Perisian Intip
- Perisian Hasad Dan Android Tiada Kesudahan, 49 Lagi Aplikasi Android Didapati Membawa Perisian Hasad Di Dalamnya
- Facebook Saman Pembangun Aplikasi Asia Kerana Memasang Perisian Hasad Pada Aplikasi Android
- Pakar Keselamatan Komputer Mengaku Salah Membangun dan Menjual Perisian Hasad