Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ID DIGITAL NASIONAL 4

Hasil Kajian ID Digital Nasional Dijangka Siap Pada 30 Jun 2020

Diterbitkan Januari 8, 2020 · Dikemas kini Januari 8, 2020 oleh ariff bukhari

Kajian itu telah dimulakan sejak 21 November 2019 lalu.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa laporan komprehensif hasil daripada kajian bagi memperkenalkan Identiti (ID) Digital Nasional dijangka akan siap pada 30 Jun 2020 nanti.

Kajian itu yang telah dimulakan sejak 21 November 2019 lalu oleh Pasukan Petugas Kajian ID Digital Nasional akan memakan masa selama 30 minggu bagi melakukan kaji selidik untuk mengesyorkan model pelaksanaan ID Digital di Malaysia.

Hasil kajian itu nanti diserahkan kepada jemaah menteri bagi tindakan seterusnya.

Identiti Digital (ID Digital) adalah perwakilan unik identiti seseorang yang digunakan untuk membolehkan individu mengakses perkhidmatan digital dalam talian.

ID Digital pula tidak akan menggantikan fungsi-fungsi yang sedia ada pada MyKad dan MyKid. Ini kerana penggunaan ID Digital adalah secara sukarela, bukan sesuatu yang wajib dimiliki oleh rakyat Malaysia.

Walaubagaimanapun, penggunaan ID Digital dijangka akan memberikan manfaat kepada penggunanya apabila mereka melakukan aktiviti-aktiviti di atas talian khususnya bagi meningkatkan privasi, menangani isu penipuan dan kecurian identiti, melakukan urusan transaksi kewangan dengan lebih selamat dan dilindungi serta banyak lagi manfaat lain.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MakaKami, Direktori Baharu Yang Himpun Aplikasi Buatan Malaysia
  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
©2026 WISER.MY